Tuesday, May 28, 2013

Dubu Dubu (Seoul Food)

Tahukah anda bahawa Dubu Dubu merupakan salah satu restoran yang menyediakan makanan ala-ala korea gitu?? Tahukah anda bahawa makanan yang terdapat di Dubu Dubu ini halal dimakan?? Haa.. Bagi sesiapa yang minat Kpop tu, selalu tengok drama korea, kalau korang perasan, salah 1 makanan yang popular yang sering dimakan oleh orang korea ialah Kimchi! Selama ni, hanya tengok Kimchi dalam drama korea je kan.. Tapi di Dubu Dubu, anda boleh cuba sendiri bagaimana rasanya kimchi tu.. Sedap ke, tak sedap??? Haa kalau nak tahu, cubalah sendiri ya ;) ..

Berdasarkan pengalaman saya, saya rasa makanan di Dubu Dubu ini unik kerana rasanya agak berlainan daripada yang lain.. Nama pun makanan ala-ala korea.. Hihi.. Antara makanan yang saya pernah cuba, seingat saya lah kan, saya pernah makan Beef Soondubu Jigae (set), Beef Dol Sot Bibimbap (set) dan Spicy Toppokki (set)...


Untuk Beef Soondubu Jigae(set) ada nasi, kimchi, 2 jenis sayur, sup daging, Citron dubu(pencuci mulut) dan air.. Rasa sup dagingnya unik tau.. Bukan sebarang sup daging.. Kimchinya pun sedap dan sayur yang dibekalkan pun boleh diterima perut.. Cuma sayur tauge je saya x suka dan yang paling saya suka ialah Citron Dubu.. Citron Dubu ni macam pencuci mulut.. Ia macam tau fu fa tapi rasanya lebih sedap.. tak tahu macam mana nak describe.. Hehe.. 

Beef Soondubu Jigae(set)
Citron Dubu

Bagi Dol Sot Bibimbap pula, ada nasi, sayur, daging, telur separuh masak, Citron Dubu dan air.. Nasi di Dubu Dubu ni, bukan nasi biasa tau.. Rasanya tak seperti nasi putih yang selalu kita makan tu.. Nasi nye rasa lain sikit dan kalau anda perasan, makanan-makanan yang saya pernah cuba ni, semuanya "beef".. Saya pilih daging sebab saya suka daging di Dubu Dubu ni.. Bagi saya, dagingnya lebih seap berbanding dengan ayam.. Hehe.. Selain itu, cara hidangan Bibimbap ni macam nasi campur.. Dalam satu mangkuk akan ada nasi dekat bawah dan lauk-lauk dekat atas nasi dan cara makannya adalah seperti berikut :

Selepas tuangkan sos, kita juga boleh gaulkan sekali semua lauk-lauk beserta nasi sehingga sebati (macam orang korea selalu makan)

Dan yang terakhir sekali ialah Spicy Toppokki.. Spicy Toppokki ni ialah sejenis Rice Cake.. Sebenarnya saya agak menyesal juga lah sebab pilih Toppokki ni sebab Rice Cake tu tak rasa apa-apa.. Macam mana nak cakap ek.. Ia macam nasi yang dipadatkan.. Tapi, nak kata nasi pun tak jugak sebab nasi masih ada rasa.. Ni tak rasa pape.. Mungkin sebab ianya diperbuat daripada tepung kot..Entah lah.. Hihi.. Tapi takpe, saya rasa tak salah untuk mencuba.. Hee..

Spicy Toppokki(set)
Jom kita makan Spicy Toppokki(set).. Hee..

Hmm bagaimana pula dengan harga?? 
Haa.. Dari segi harga, saya rasa okay kot.. Tidak terlalu mahal dan tidak terlalu murah.. Okay la.. Oh ya.. Dekat Dubu Dubu ni juga, kita boleh guna Kad Diskaun Siswa 1 Malaysia tau.. Tapi kad ni, hanya menawarkan diskaun untuk menu Chicken Soondubu Jigae Set sahaja.. Dengan menggunakan kad diskaun, Chicken Soondubu Jigae Set + Peach Tea berharga RM16.90 sahaja.. Murah sikit je la.. Hee.. Tapi, pekerja Dubu Dubu tu cakap dekat saya, kalau anda nak guna kad siswa ni, anda kena tunjukkan kad siswa terlebih dahulu sebelum membuat pesanan tau..Kalau tak, tak dapatlah harga Siswa.. 

Sekian, terima kasih...





Monday, May 27, 2013

The Best Earphone !

Earphone yang paling best?? “Yang mana ya? Banyaknya pilihan dan masing-masing ada design dan kelebihan masing-masing.. Hmm.. Nak pilih yang mana ek? Alamak kelirunya..! Nak beli brand apa ek? Mana satu yang lebih baik ni??

Haa... Bagi sesiapa yang suka mendengar muzik dan kemana-mana je mesti dengar muzik guna Earphone, saya mencadangkan anda, kalau nak beli Earphone, belilah yang berbaloi sikit.. Biar mahal yang penting kualiti dan kepuasan..  Sebagaimana yang kita tahu, terdapat pelbagai jenama Earphone di pasaran.. Antaranya ialah Sony, Apple, Nokia, Samsung dan lain-lain.. Dan bagi saya, saya rasa dalam banyak – banyak jenama, saya pilih.......................

Apple !


Kenapa saya pilih Apple?

  1. Bunyinya lebih sedap..  
Bila pasang sahaja Earphone tu dekat telinga, kemudian kita mainkan lagu, lagu yang dipasang itu akan kedengaran dengan jelas dan dentuman muzik yang sangat awesome membuatkan kita terasa seperti sedang berada di konsert.. Haha.. Tak tahu macam mana nak terangkan.. Senang cerita, kalau dengar lagu pakai Earphone tu, membuatkan kita layannn habisss... Kadang bila orang cakap/ panggil kita pun kita tak kan sedar... Hihi...

  1. Mesra pelanggan & Selesa
Sebelah wayar earphone nya boleh dijarakkan.. Sesetengah earphone, kita tidak boleh nak selaraskan kepanjangan/ jarak nya .. Nak kongsi berdua pun tak boleh.. Jadi bila kita nak bagi kawan kita dengar lagu yang kita sedang dengar, kita terpaksa bagi kedua –dua belah earphone (kiri dan kanan) dekat kawan kita tu.. Tetapi, earphone yang saya pilih ini, adalah sebaliknya..




Kedua-dua belah Earphone rapat..
Boleh dicabut/ dijarakkan


  1. Reka bentuknya yang unik &Terdapat 2 cara penggunaan
Cara 1 


Cara 2


     4.  Mudah dibersihkan kerana permukaannya yang licin serta reka bentuknya yang unik..
     5.  Berkualiti dan tidak mudah rosak...


Kesimpulannya, masing – masing ada pandangan dan pendapat masing –masing.. Lain orang, lain citarasa.. Tapi bagi saya, dalam banyak – banyak Earphone yang saya pernah cuba, saya rasa lebih selesa menggunakan Earphone jenama Apple berbanding dengan Earphone lain..

Mungkin Bukan Rezekiku :(

Semalam (25/5/2013), buat pertama kalinya saya pergi ke Ipoh Railway Station.. Tempatnya cantik sekali.. Sampai sahaja dekat situ, saya dan abang seakan tidak percaya.. Betulkah hala tuju kami ni? Betul ke ini stesen keretapi? Kami jadi was – was sebab dari luar, bangunannya sekali tengok macam bangunan bersejarah dan kadang nampak macam mahkamah pun ada.. Abang saya siap tanya saya, “Kin..betul ke ni stesen keretapinya? Tengok macam mahkamah je”.. Haha.. Saya pun dengan yakinnya menjawab, “Hmm betullah.. Cuba kita masuk tengok” .. Hihi.. Padahal, saya sendiri pun kurang yakin yang itu stesen keretapi.. Hik3.. Almaklumlah.. 1st time datang stesen keretapi Ipoh.. Hihi.. 

Tadaaaa!! Inilah Stesen Keretapi Ipoh :)

Motif kami datang ke sana??? Hmm.. Niat dihati, nak pulang ke UKM menaiki Electric Train Service (ETS) , tetapi malangnya sampai sahaja di sana, saya lihat ramai gila orang dan ternyata, nak beli tiket pun kene ambil no giliran ! Hmm.. takpelah.. Saya pun ambil je la no giliran.. Tengok –tengok, no giliran saya ialah 773 dan no giliran waktu itu ialah 693... Maknanya saya orang yang ke 80???? Ohooooiiii... Gilo gapo.. Lamo bonar den kene tunggu... Tak sanggup, tak sanggup... Tak sanggup den nak nunggu oiii.. Abg saya pun tidak sanggup untuk menunggu.. Jadi, saya membuat keputusan untuk membatalkan niat saya itu.. Hmm.. Tak dapatlah saya nak merasa naik ETS untuk pulang ke UKM...

Disebabkan saya tak jadi naik ETS, jadi saya pun buatlah keputusan untuk pulang ke UKM menaiki bas.. Tapi apakan daya.. Sudah malang ditimpa tangga.. Sampai sahaja di kaunter tiket, penjaga kaunter tu cakap, “Tiket untuk besok (26/5/2013) yang tinggal pada pukul 10.30 malam sahaja.. Haa.. Malam? 10.30?? Hurmm... Nanti pukul berapa baru sampai UKM.. Mungkin dalam pukul 1.00am saya sampai Plaza Rakyat sebab perjalanan dari Perak ke Plaza Rakyat makan masa dalam 2 jam/ 2 jam 30 minit.. Kemudian, dari Plaza Rakyat saya nak ke UKM macam mana? LRT dan KTM pun dah tamat operasi kalau pkul 1.00a.m ...

Hmmmmmm..  Tak baliklah saya... Terpaksalah saya balik ke UKM pada hari Isnin (26/5/2013).. Nasib baiklah hari Isnin saya hanya ada 1 kelas sahaja dan untuk kelas pada 26/5/2013 tu, kebetulan kelas dibatalkan kerana pensyarah yang mengajar kami tu pergi kursus.. Hihi..

Kesimpulannya, rancanglah perjalanan anda sebaik baiknya dan belilah tiket keretapi / bas awal – awal.. Nanti takdelah alami masalah kehabisan tiket dan sebagainya.. Hee...

Sekian, terima kasih. :)

Tuesday, May 21, 2013

Tahniah Kebudayaan Kolej Keris Mas !


Hari sabtu lepas (18 Mei 2013).. Saya telah pergi ke DECTAR untuk melihat penutup program Inter College Art Festival (ICAF2013).. Niat utama saya pergi adalah untuk menyokong kawan saya iaitu cik Nabila Aminie a.k.a Bella yang merupakan penari Kolej Ibrahim Yaacub (KIY)..  Tapi dalam masa yang sama, saya juga ingin menyokong penari-penari kolej saya (Kolej Keris Mas).. Hehe.. Bagi saya, semua tarian yang dipersembahkan oleh setiap kolej masing-masing ada keunikan tersendiri.. Menang ataupun kalah, itu adat pertandingan.. Walaupun ada kolej yang mengalami masalah yang tidak diduga seperti rambut palsu tercabut dan piring yang digunakan sewaktu tarian pecah, namun bagi saya, semua peserta telah berusaha dan menari sebaik mungkin... Syabas saya ucapkan kepada mereka..


Namun begitu, saya tumpang gembira diatas kemenangan yang diperoleh kolej saya.. Antara kemenangan yang telah diperoleh Kolej Keris Mas ialah :


  1. Nasyid - Juara
  2. Tarian - Juara
  3. Teater - Naib Juara
  4. Pertandingan Fotografi - Naib Juara
  5. Perbarisan - Tempat Ketiga

Dan untuk pengetahuan semua, Kolej Keris Mas adalah satu-satunya kolej yang menghantar wakil untuk semua pertandingan yang telah diadakan dan Kolej Keris Mas juga telah menjadi Juara Keseluruhan ICAF 2013 yang telah diadakan bermula 15-18 Mei 2013.. Saya berbangga menjadi salah seorang warga Kolej Keris Mas.. Hehehe... 

Ahli - ahli Kelab Kebudayaan Kolej Keris Mas 2012/2013





Saturday, May 18, 2013

...Sugar Glider ...

Riko !!!! 
I missed you so much !!! 
Tak tahu kenapa, tiba-tiba aku teringat dekat Riko..
Bagi aku, Riko sangat comel.. 
Dulu, aku yang sering memberinya makan...
Aku yang sering memanggil namanya...
Dan Rikolah yang selalu menjadi penemanku dikala aku keseorangan...
Tapi, aku sering kali mempermainkannya...
Aku selalu membulinya...
Sehinggalah satu hari, Riko sudah semakin tidak mengenali aku..
Riko tidak lagi mendengar cakapku... :'(



Ini ialah Riko :



Riko baru bangun tido... Hee..


Riko sedang memetik bunga dihalaman rumah.. Hehe..



Bermain dengan Riko guna tali..



Riko ni, sugar glider (binatang peliharaan) abangku...
Abang beli dan jaga dia sejak Riko ni kecil lagi... 
Sampailah sekarang, Riko dah semakin membesar...
Mak, Ayah dan adik sayang gila dekat Riko ni..
Riko ni tak pernah dibiarkan kelaparan..
Bila kami balik kampung dekat Johor ataupun Penang, 
Mesti bawa Riko ni sekali..
Aku selalu mempermainkan Riko ni.. Hehe..
Bila Riko ni ada dalam sangkar, 
aku akan pegang buah epal dan halakan dekat Riko..
Bila Riko datang dekat untuk makan buah tu,
aku akan halakan buah epal tu ke arah lain.. Kih3..
Sewaktu Riko didalam sangkar je aku boleh membulinya..
Kalau Riko dah keluar dari sangkar, Riko yang buli aku !!
Dia kejar aku satu rumah..
Aku dah lah tak berapa nak berani untuk pegang dia..
Aku suka main dengan Riko, tapi aku tidak berani untuk pegang Riko tu.. Hee..
Sebab itu bila Riko mengejarku, aku akan lari...



Kesimpulannya, Sugar glider ini sangatlah comel dan jinak... Sesuai untuk dijadikan binatang peliharaan..
Nak jaganya pun, tidaklah susah manapun... Jadi,  bagi sesiapa yang suka bela binatang tu, saya mensarankan supaya jadikanlah sugar glider sebagai haiwan peliharaan anda... Ianya mampu menceriakan hidup anda dan keluarga.. hehe.. 

Sekian, terima kasih :)


Wednesday, May 15, 2013

Kenapa Aku Yang Menjadi Mangsa???

Kenapa??? Kenapa??? Kenapa!!!


Terlalu ramai manusia, 
Kenapa aku juga yang menjadi mangsamu?
Kenapa engkau seringkali mencabar kesabaranku?
Kenapa aku yang engkau pilih??
Kenapa kasutku yang sering menjadi buruanmu??



Sudah masuk 3 kali engkau mencuri kasutku...
Kali pertama dan kedua masih boleh ku maafkanmu...
Tetapi kali ini, engkau telah mencuri kasut kesayanganku..
Kasut pemberian ibuku kepadaku...
Meskipun harganya tidak seberapa, tapi ia sangat bermakna bagiku...!



Oh KASUT KAPALKU...
Sesungguhnya aku sangat terasa dengan kehilanganmu...
Hari-hariku begitu hampa tanpa kehadiranmu...
Tiap kali aku melangkah keluar kamarku..
Akanku teringat padamu wahai kasut kapalku...




Tidakku sangka ada pencuri di blokku...
Tidakku sangka sepasang kasut akan hilang dalam sekelip mata...
Tidakku sangka betapa cuai dan sambil lewanya aku...
Tidakku sangka perkara yang sama akan berulang 3 kali...
Tidakku sangka sungguh beraninya dirimu....



Wahai pencuri kasutku...
Tidakkah engkau merasa bersalah terhadap terhadapku??
Tidak rasa berdosakah kamu terhadap perbuatanmu?
Pernahkah engkau terfikir untuk bertaubat dan menginsafi kesalahanmu?
Sampai bilakah engkau akan bertindak kejam terhadapku??


BILA ! BILA ! dan BILA !!!!











Tuesday, May 07, 2013

Pergi Mengundi (^_-) ..Hee..

Assalamualaikum, selamat sejahtera, Salam 1 Malaysia, dan Salam Perak Aman Jaya..


Mengundi oh mengundi!! 5/5/2013 merupakan tarikh PRU13.. Buat pertama kalinya saya pergi ke 3 tempat mengundi.. Hehe..Sebelum-sebelum ini, saya pernah jugak pergi teman mak dan ayah saya pergi mengundi..Tetapi waktu tu,kecil lagi.. Jadi, tak tahu apa-apa pun.. Tak tau pun, mengundi tu apa..Hee :D.. Tapi sekarang, bila sudah semakin matang, barulah saya mampu berfikir dan melihat sendiri suasana dan keadaan di tempat mengundi.. Macam-macam jenis perangai dan ragam manusia saya dapat lihat dekat sana.. Ada yang marah-marah sebab kena beratur lama, ada yang anak kecilnya tiba-tiba menangis, macam-macamlah..



Tempat mengundi pertama yang saya pergi ialah Sekolah Agama Menengah Tinggi Hishamuddin (SAMTSH), Kg.Jawa, Klang.. Sekolah ini, merupakan tempat kakak saya mengundi.. Dalam perjalanan ke sana, jalan memang sesak gila... Dah la sesak,kena meredah jammed, lepastu ingatkan dah sampailah sekolah tu, tengok-tengok salah sekolah.. Haishhh... Saya dah cakap dah dengan kakak saya, untuk ke SAMTSH tu kena belok kanan.. Tetapi, kakak saya tak percaya... Dia cakap, belok kiri.. Hmmm saya malas nak gaduh-gaduh dengan dia..Jadi, saya diam je.. Suka hati dialah nak belok kanan atau kiri.. Dia dengan penuh yakinnya belok kiri dan meredah jammed hampir 1 jam.. Dan hasilnya, tengok-tengok salah tempat.. Kihkihkih... Saya hanya mendiamkan diri sambil tersenyum sinis.. Hihi.. Kesiyan,kesiyan~ 



Setibanya kami di SAMTSH tu, mula-mula kena beratur di kaunter yang terletak dihadapan pintu masuk sekolah, tunjuk kad pengenalan diri dan kemudian akan diberi sekeping kertas yang menunjukkan kita ni kena undi dekat saluran yang mana.. Hmm.. Dekat setengah jam juga lah saya kena tunggu kakak saya mengundi.. Ramai gila orang beratur... Nak tak nak, saya pun tunggu lah kakak saya sampai dia habis mengundi.. Masa saya tengah menunggu kakak saya, adalah beberapa orang yang duduk satu meja dengan saya... Macam- macam yang diorang cerita dan gosipkan.. Hihi.. Ada yang sokong parti ni,ada yang sokong parti tu, saya diam dan dengar je.. Bila diorang cerita dekat saya, saya angguk-angguk je.. Hehe.. Kadang tu, menarik juga cerita diorang dan bagus juga dengar diorang bercerita.. Tak adalah saya bosan sangat nak menunggu.. Hihihi...



Lepas kakak habis mengundi, saya dan kakak pergi ke Klang, jumpa mak ayah.. Lepas itu,  pergi ke  tempat mengundi yang ke-2, Sekolah Rendah Agama Taman Kem, Pelabuhan Klang..  Kali ini, giliran mak saya pula pergi mengundi.. Masa kami sampai, orang dah tak ramai, jadi tak payah beratur pun.. Hehe.. Tak sampai 15 minit, mak saya dah selesai mengundi.. 







Akak sudah, mak pun sudah, sekarang giliran ayah pula pergi mengundi.. Tempat mengundi ayah terletak di Sekolah Kebangsaan Kg. Raja Uda, Klang.. Dekat sini pun, orang dah tak ramai, datang je, terus pergi mengundi.. Dalam 10 minit dah selesai mengundi.. Hee..






Habis je proses mengundi, mak, ayah, kakak dah selesai mengundi, kitaorang pergi berjalan-jalan.. Memang penat juga lah teman diorang pergi mengundi.. Dengan cuaca yang panas terik dan ramai orang, dari pagi, sampai petang baru semuanya selesai.. Walaupun penat, tapi saya rasa banyak jugalah benda yang saya dapat.. Saya  dapat tengok macam-macam ragam manusia, dengar macam-macam cerita dan pendapat, dan melihat semangat orang-orang menyokong parti masing-masing.. Dan apa yang lagi menarik, saya dapat tengok 1 Malaysia yang berbilang kaum saling berkomunikasi antara satu sama lain.. Tidak kira melayu, india mahupun cina, mereka duduk satu meja saling bercerita dan bertegur sapa.. Dan mereka juga saling bantu membantu dalam usaha untuk mencari saluran mengundi mereka.. 



Dakwat kekal sebagai bukti sudah mengundi.. Hee


Penyokong Pakatan Rakyat


Penyokong Barisan Nasional

Wednesday, May 01, 2013

Mat Rempit memang GILA!!

Gila! Gila! Gila !!!! Merosakkan mood aku betul!
Pagi tadi, aku dengan kawan-kawan aku pergi ke Hutan Simpan UKM.. Maklumlah cuti hari pekerja... Tu yang saja pergi bersiar-siar.. Nak tengok apa je ada dekat hutan simpan tu.. Tadi tu, pertama kali aku jejakkan kaki kat situ, masuk dalam hutan tu.. Hee... Seronok gila... ^^

Kemudian, lepas bersiar-siar dalam hutan tu, kitaorang pun pergilah makan.. Lepas pergi makan, kawan aku singgah lah dekat kedai runcit depan Faris Maju..  Lepas kitaorang keluar sahaja dari kedai tu, kitaorang berjalanlah menuju ke kereta.. Sambil kami sedang berjalan.. Tiba-tiba !!! 

Datang seorang lelaki.. Dia cakap, "hye,awak *******" sambil tersengih-sengih macam kerang busuk.. Bila kitaorang tengok orang tu macam agak menakutkan, kitaorang pun buat bodoh then terus masuk ke dalam kereta.. Tapi, lelaki tu ikut kitaorang !!!! Gila! Dia tahan pintu kereta kitaorang tau.. Dahsyat kan.. Serius masa tu, aku takut gila.. Hanya Allah sahaja yang tahu betapa takutnya kami masa itu.. First time kot aku jumpa orang macam tu... Ikut kan hati, nak je kitaorang menjerit.. 

Tetapi, aku tengok dekat depan Faris Maju tu, ramai geng dia muka mat rempit semuanya.. Jadi, kitaorang pun tak jadi nak menjerit sebab takut nanti lain pula yang jadi.. Kang tak pasal-pasal, geng-geng dia datang serang kami..Tu yang tanpa menghiraukan laki gila yang sedang menahan pintu kereta kami tu, kawan aku  terus undurkan kereta dan terus memecut laju.. Lantak la nanti terlanggar dia ke apa..Syukur Alhamdulillah, akhirnya kami berjaya melepaskan diri..

Kesimpulannya, berdasarkan pengalaman aku hari ini, apa yang aku boleh cakap, kita sebagai orang perempuan ni, kenalah sentiasa berhati-hati... Bila kejadian seperti ini berlaku dekat korang, korang kena berani kan diri dan nekad buatlah apa sahaja asalkan korang dapat melepaskan diri dari orang-orang sebegitu.. Setakut manapun korang masa tu, korang kena lawan jugak !! Dan yang penting sekali, jangan sesekali bagi peluang ataupun layan orang-orang macam tu.. Bahaya kot !!! Bayangkanlah, kitaorang yang buat bodoh dan tidak layan dia pun, dia berani tahan pintu kereta kitaorang... Inikan pula kalau korang layan orang macam itu, memang tidak akan selamat dunia akhirat.. PERCAYALAH..!!  Dan lagi satu, janganlah lepak sekitar Faris Maju tu malam-malam.. Kitaorang yang pergi tengah-tengah hari buta pun diorang berani buat macam itu, inikan pula kalau malam.. Huishhhh... Tidak dapat aku bayangkan... Memang itulah KALI PERTAMA DAN TERAKHIR aku menjejakkan kaki dekat depan kedai Faris Maju tu.. !