Thursday, April 25, 2013

Bawang Goreng Tidak Elok Untuk Dimakan???


Bawang goreng??
Tidak elok??
Kenapa pulak??!
Apa yang tidak eloknya?


Sesetengah orang sangat menggemari bawang goreng dan katanya, bawang goreng sedap dimakan... Haaaa?? Sedap?? apa yang sedapnya? Eeee.. Tidak sedaplah.. Saya memang tidak menggemari bawang goreng..! Bagi saya, bawang goreng tidak sedap.. Tetapi, tidak tahulah kenapa, mak saya suka sangat menggunakan bawang goreng sebagai hiasan untuk hidangan yang dimasak olehnya.. Jadi, sebelum makan saya terpaksalah mengambil masa untuk mengasingkannya terlebih dahulu.. 


"Oh, sebab awak tidak suka bawang goreng,
Jadi awak pun cakap yang bawang goreng tidak elok??"


Eh bukanlah!  Bukan kerana saya tidak suka, sebab tu saya cakap bawang goreng tidak elok untuk dimakan.. Tidak sama sekali!! Saya tidak cakap pun bawang goreng tidak elok.. Cuma saya pernah terdengar dan ada sumber yang mengatakan bahawa, bawang goreng tidak elok dimakan kerana bawang goreng digoreng bersama-sama dengan penyedut minuman (straw).. Tujuannya adalah untuk, menjadikan bawang goreng itu tahan lama..Apabila bawang goreng digoreng bersama dengan penyedut minuma, plastik penyedut minuman itu akan melebur dan kemudiannya akan menyaluti bawang goreng tersebut.. Sebab itulah bawang goreng boleh tahan lama.. 

Hmmm...
Betul ke??


Haaa.. betul ke tidak betul, itu saya pun kurang pasti.. Tetapi, bila fikir balik, ada betul dan logiknya juga sebab kalau direnungkan kembali, kenapa bawang goreng segera yang dijual dikedai kebiasaannya tidak akan lembik/ mengambil masa yang lama untuk lembik.. Sedangkan kalau bawang goreng yang kita buat dan goreng sendiri, apabila ianya terdedah kepada udara, cepat sahaja bawang goreng itu menjadi lembik... 

Kesimpulannya, kalau anda rasa pernyataan ini logik dan masuk akal, kurang-kurangkan lah makan bawang goreng ya!.. Tetapi, kalau anda rasa yakin selamat dan mengganggap pernyataan ini adalah tidak benar sama sekali, terpulanglah... :)


Sekian, terima kasih.
-S.R-

Wednesday, April 24, 2013

Akhirnya, Penderitaanku Berakhir... \(n_n)/ Yeayyyy!!

Semalam merupakan hari yang agak panjang bagiku....................

Semalam, aku ada kelas pagi.. Kelas aku bermula pada jam 9 pagi.. Disebabkan oleh ketiadaan air, jadi aku terpaksa bangun awal pagi untuk mandi dan bersiap-siap ke kelas (walaupun kelas jam 9, tetapi jam 5 kena bangun, siap-siap sebab nanti kena turun bawah ----> beratur, tunggu giliran untuk tadah air ---> angkut air ke bilik air aras satu untuk mandi---> beratur tunggu giliran untuk tadah air dan ambil wuduk ----> angkut air naik aras 5 untuk diletakkan diluar bilik)...Huh!Penat-penat!! Pagi-pagi dah kena bersenam naik turun blok semata-mata sebab AIR..Haisshhh... Sakit pula hati kite ni haaa...!

Selepas habis kelas pagi, pada jam 2 petang pulak, aku ada "exam" dekat DTAMS... Semalam merupakan "exam" terakhirku!!! Yuhuuu... Alhamdulillah, akhirnya, selesai sudah peperiksaan pertengahan semesterku semalam!!! 

Sebenarnya, semalam lepas aku habis ujian, aku dan kawanku merancang untuk pergi berenang dekat Danau.. Heee.. Almaklumlah, kolej tidak ada air, jadi itu yang bercadang untuk berendam dekat Danau UKM.. Hehe.. Kemas punyalah kemas.. Sudah siap-siap masukkan baju, seluar, tuala semua dalam beg untuk dibawa pergi ke Danau, kemudian tiba-tiba aku mendapat satu panggilan telefon.. Disebabkan oleh panggilan telefon itulah aku dan kawanku terpaksa membatalkan niat kami untuk ke Danau :'( ... Ada sedikit kerja yang kami perlu selesaikan..

Jam 7.45p.m aku pergi ke Kolej Pendeta Za'ba.. Aku solat, mandi dan teman kawanku dekat saya sampailah jam 11.40 aku pulang semula ke Kolej Keris Mas (KKM)... Sampai sahaja bilik, aku terus tidur...

Bangun pagi, aku pun pergilah ke bilik air.. Sajalah ingin mencuba nasib, tengok samada ada air ataupun tidak.. Aku bukak paip, tengok-tengok keluar...AIR!!!!! AKHIRNYA!!! Akhirnya, kolejku ada air balik!!! Alhamdulillah.. Hanya Allah sahaja yang tahu betapa gembiranya aku pada waktu itu.. Terasa hendak sujud syukur dekat situ juga.. Hahaha (Gurau sahaja ^^) ...

Akhir kata, aku berasa sangat bersyukur.. Akhirnya penderitaanku berakhir.. Peperiksaan pertengahan semester sudah habis, air pun sudah ada balik... Hee... 



Terima kasih kawan-kawan yang tolong berdoa untuk kolej kami.. Hihi.. Dan terima kasih juga kepada pihak yang telah menyelesaikan masalah air yang berlaku di kolej kami ini...




-S.R-

Monday, April 22, 2013

Saya Perlukan AIR !!!!


Air Oh Air,
Dimana engkau menghilang???

KAMI SEMUA MERINDUIMU WAHAI AIR...
MOHON AIR JANGAN MALU-MALU UNTUK KELUAR..  :(

        Krisis air melanda lagi!! OH TIDAK!!! OH TIDAK!!! Hmm... Kolej kami ini asyik mengalami masalah air je, terutama dekat blok perempuan.. Sedih!! Kalau sehari dua sahaja tidak mengapa... Ini, berhari-hari... Daripada hari sabtu hinggalah ke harini... Hmmm.. Sudah masuk 4 hari tau... Apa ke malangnya nasib kami ini... Dah lah minggu ini, minggu peperiksaan.. Haishhh.. Memang malanglah ceritanya... Susah tau bila ketiadaan air ini...Susah hendak mandi, susah untuk mengambil wuduk, senang cerita, susahlah untuk kami menjalani kehidupan seharian kami..

           Air pili bomba yang terdapat pada setiap aras pun sudah habis digunakan.. Jadi, mahu tak mahu, kami kene turun ke tingkat bawah sekali untuk mengambil air pada tangki simpanan air.. Kene naik-turun dari tingkat 5 untuk angkut air, haishh.. Semput-semput!! Kalau hari-hari macam ini, tiap masa (pagi, tengahari, petang dan malam), makan kenyang-kenyang pun boleh lapar balik.. Boleh kurus kalau hari-hari macam ini...

             Hummmm... Nasib baiklah kolej lain ada air.. Jadi, tadi lepas aku habis kelas, aku pergi bersiar-siar di Pusanika.. Hehe.. Lepas habis bersiar-siar, aku ikut kawan balik Kolej Ibrahim Yaacob (KIY)..  Walaupun terpaksa mendaki bukit KIY, tetapi aku sanggup untuk mendaki bukit semata-mata untuk tumpang mandi dekat sana... Haaaaa!!! Terasa sangat segar bila dapat mandi menggunakan "shower"!  Wuuuuuu~ [Terima kasih kawanku yang baik hati (^_^) ]...

Agak-agak, sampai bilalah kami terpaksa menghadapi keadaan ini?? Mohon pihak yang bertanggungjawab untuk menyelesaikan masalah kami ini.. Kawan-kawan pun, tolonglah sama-sama berdoa untuk kami ya! Semoga krisis air ini cepat diselesaikan.. Aminn~

-S.R-




Tuesday, April 16, 2013

WeChat (^_^)y ...

Tahukah anda bahawa ada aplikasi yang lebih menarik selain daripada Viber, Whatsapp dan Line???

Haa.. Semalam, saya baru sahaja muat turun satu aplikasi ni.. Nama aplikasi itu, "WeChat" !!! Hee (n_n).. Sebelum-sebelum ini, kawan-kawan saya semua suruh saya muat turun WeChat ni.. Tetapi, saya macam tidak berapa berminat sebab saya fikir, Whatsapp dan Line pun saya jarang guna.. Ini kan pulak nak guna WeChat.. Jadi, setiap kali bila kawan suruh saya muat turun WeChat, saya akan cakap, "Hmmm.. Nanti-nantilah aku download. Hehe.."...

Kemudian, beberapa hari lepas, saya ada melihat satu iklan dekat tv.. Iklan tu pasal WeChat.. Dalam iklan itu, menunjukkan perbualan antara Lisa Surihani dengan Shaheizy Sam menggunakan WeChat..Saya tertarik dengan salah satu fungi WeChat yang ditunjukkan dalam iklan itu.. Dari iklan itu, saya baru tahu yang WeChat juga membolehkan penggunanya untuk mengantar audio dan Live Chat.. Live Chat ini, fungsinya lebih kurang macam Walkie Talkie tau.. Haa.. Menarik kan, menarik kan..! Disebabkan oleh iklan itulah yang telah menarik minat saya untuk memuat turun WeChat itu di telefon bimbit saya.. Hihiihi...

Selepas saya selesai memuat turun WeChat pada telefon bimbit saya, saya pun menerokalah fungsi-fungsi yang ada pada WeChat.. Antara fungsi atau kelebihan lain yang ada pada WeChat ialah :


  1. SMS, mesej suara dan panggilan video percuma tanpa menggunakan kredit. Hanya menggunakan sambungan WiFi sahaja.
  2. Berbincang dengan cepat di mana sahaja dengan menggunakan mesej suara.
  3. Panggilan dan video yang jelas.
  4. Boleh berbual dengan kwana-kawan atau orang yang berdekatan.
  5. Boleh menghantar gambar dan video.
  6. Kongsi, Like, dan komen pada gambar anda dan rakan-rakan.
  7. Mod Walkie Talkie dengan sehingga 40 orang kawan.



WeChat

Mesej Suara





Setelah saya memuat turun WeChat ini dan cuba berhubung dengan kawan-kawan menggunakan WeChat,  saya berasa sangat teruja..!! Hee.. Sebab itu saya ingin berkongsi dengan anda semua mengenai aplikasi ini pada blog saya.. Apa yang saya boleh simpulkan disini ialah, WeChat ini agak menarik.. Anda boleh mencuba untuk menggunakannya. Jadi, jika anda berminat untuk menggunakannya, cepat-cepatlah muat turun pada telefon bimbit anda ya.. Selamat mencuba :)

Sekian, terima kasih.. ^^

-S.R-

Sunday, April 14, 2013

Awet Muda dengan Air Liur ???

Air liur? Awet muda? Apakah?? Apa kene mengena air liur basi dengan awet muda??


         Haa.. Haritu, rakan sebilik saya ada bagitahu saya, kalau kita bangun sahaja dari tidur, kita minum air kosong/ air masak sebelum gosok gigi, dalam keadaan mulut masih ada air liur basi, boleh awet muda tau.. Hmmm.. Samada betul atau tidak, itu saya pun kurang pasti.. Saya pun tidak tahu samada ini fakta atau gurauan semata- mata? Heee :D ..

          Tetapi, tadi saya ada terbaca di internet. Katanya, " Air liur basi yang diminum bersama air biasa ketika bangun awal pagi adalah penawar semula jadi paling munjarab dalam membentuk kesihatan seseorang insan. Sistem rawatan tersebut telah menjadi amalan Rasulullah S.A..W dalam kehidupan harian baginda dan telah dikesan kemujarabannya oleh pakar sains perubatan moden. Nabi Muhammad semasa hayatnya akan meneguk air putih biasa terlebih dahulu sebelum baginda bersugi dan berwuduk menunaikan solat subuh setiap pagi." 

          Ermm berdasarkan apa yang dikatakan oleh rakan sebilik saya dan berdasarkan apa yang telah saya baca, saya jadi bertambah yakin bahawa air liur merupakan salah satu petua awet muda. Jadi, marilah kita amalkan minum air masak ketika bangun awal pagi, sebelum bersugi dan berwuduk. Mungkin jika kita amalkannya, kita akan mendapat manfaat daripadanya dan mendapat pahala kerana mengikuti sunnah nabi.. In shaa Allah.. :)

-S.R-

Thursday, April 11, 2013

Rahsia Disebalik Roti Canai...

Hye, hye, hye!! Selamat pagi dunia !!! Heee (^_^) .. Harini saya hendak berkongsi tentang "Rahsia Disebalik Roti Canai" yang mungkin anda semua sedia maklum dan mungkin juga ianya sesuatu yang baru bagi anda..

Roti Canai.. Uhmm.. Yummy3!! Nampak sedap.. Tiba- tiba rasa lapar.. TETAPI !
Tahukah anda bahawa roti canai mempunyai banyak keburukan. Antaranya ialah :

1. Roti Canai Boleh Menggemukkan
Satu keping roti canai bersamaan dengan 301 kalori. Kalau dua keping roti canai sudah 602 kalori. Bayangkanlah kalau hari-hari anda mengambil roti canai sebagai sarapan pagi anda. Berapa banyak kalorikah yang telah anda ambil selama sebulan??? Dan berapa kerapkah senaman yang telah anda lakukan setelah mengambil begitu banyak kalori??? Adakah senaman yang anda lakukan itu cukup untuk membakar kalori dalam sekeping roti canai? Untuk pengetahuan anda juga, sebiji roti canai mengandungi kalori sama dengan 5 km berjogging tau! 

Maklumat Pemakanan

2. Penyediaannya Kurang Bersih
Kebiasaannya, roti canai ini dijual di kedai mamak. Jadi, sudah pastilah pembuatnya juga mamak kan? Haa... Saya bukanlah nak cakap mamak ini pengotor, tapi kurang menjaga kebersihan sikit. Kenapa saya cakap mamak kurang menjaga kebersihan? Baiklah, cuba anda renungkan kembali. Berapa banyak restoran/ kedai mamak yang diiktiraf mempunyai tahap kebersihan "A"? Tidak banyak kan? Hee :D .. Jadi, pernahkah anda terfikir, adakah meja/ tempat yang digunakan untuk membuat roti canai itu sudah cukup bersih? Adakah tangan pembuat roti canai itu telah dibasuh dengan bersih? Belum kira lagi dengan peluh yang terdapat pada bahagian lengan dan dahi pembuat roti canai. Mungkin sahaja peluh mereka itu bercampur dengan roti canai yang dibuat.. Haa.. Senang cerita, dalam proses penyediaan roti canai, elemen kebersihan kurang diambil kira oleh si pembuat dan si pemakan. Mungkin kita sebagai pembeli sedia maklum tentangnya, tetapi apakan daya, roti canai begitu sedap sehingga kita terlupa akan tahap kebersihannya.

Meja/ tempat yang digunakan untuk membuat roti canai.

3. Haram Memakan Roti Canai
Roti Telur
Haram?? Apakah? Haa.. Tahukah anda bahawa, ada hukum yang menyatakan bahawa haram memakan roti telur dan murtabak. Ia dikatakan haram apabila penebar roti canai itu tidak membasuh telur yang digunakan. Tempurung telur yang tidak dibasuh mengandungi najis (bercampur tahi ayam). Jadi, apabila penebar roti canai itu memegang telur yang tidak dibasuh tadi, menyebabkan tangan penebar bernajis. Dengan keadaan tangan yang bernajis itu, penebar kemudiannya membuat roti canai dan ianya secara tidak langsung telah mengaul najis dalam roti canai ataupun murtabak.


Kesimpulannya, roti canai digemari oleh semua lapisan kaum tidak kira melayu, india mahupun cina kerana roti canai sedap untuk dimakan dalam keadaan ianya masih panas dan apabila disajikan bersama dengan kuah kari, dhal dan juga sambal.Hmmm.. Memang sangat sedap. Saya juga sering memilih roti canai sebagai sarapan, minum petang dan makanan lewat malam saya.  Heee.. Tetapi, selepas ini mungkin saya akan berfikir banyak kali sebelum saya memilih untuk makan roti canai. Anda bagaimana?  ;)

posted by, -S.R-

Tuesday, April 02, 2013

BADMINTON


Tahukah anda apa yang menarik pada bulan mei ini ???!

  • Pada 2-5 Mei 2013 akan berlangsungnya satu kejohanan badminton Piala Tun Dr. Siti Hasmah Mohd Ali (isteri Tun Mahathir) anjuran Biro Sukan dan Rekreasi JAKSA Kolej Keris Mas (KKM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi..

  • Poster Maklumat Pertandingan (Hebahan)

  • Pertandingan ini terbuka kepada semua warganegara Malaysia, lelaki mahupun perempuan...
  • Jadi, bagi sesiapa yang berbakat dan berminat, apa tunggu lagi??? Mendaftarlah segera sebagai peserta... Hadiah lumayan menanti anda semua (^_^)...


Harian Metro 1 April 2013
Lokasi UKM, Bangi


Pelan kawasan UKM. (Lokasi Pertandingan - Dewan Gemilang)

Bagi melihat pelan yang lebih jelas, sila klik pada link ini :
http://www.ukm.my/pkk/images/stories/icon/petalokasi2.pdf


Sekian, terima kasih.