Thursday, April 11, 2013

Rahsia Disebalik Roti Canai...

Hye, hye, hye!! Selamat pagi dunia !!! Heee (^_^) .. Harini saya hendak berkongsi tentang "Rahsia Disebalik Roti Canai" yang mungkin anda semua sedia maklum dan mungkin juga ianya sesuatu yang baru bagi anda..

Roti Canai.. Uhmm.. Yummy3!! Nampak sedap.. Tiba- tiba rasa lapar.. TETAPI !
Tahukah anda bahawa roti canai mempunyai banyak keburukan. Antaranya ialah :

1. Roti Canai Boleh Menggemukkan
Satu keping roti canai bersamaan dengan 301 kalori. Kalau dua keping roti canai sudah 602 kalori. Bayangkanlah kalau hari-hari anda mengambil roti canai sebagai sarapan pagi anda. Berapa banyak kalorikah yang telah anda ambil selama sebulan??? Dan berapa kerapkah senaman yang telah anda lakukan setelah mengambil begitu banyak kalori??? Adakah senaman yang anda lakukan itu cukup untuk membakar kalori dalam sekeping roti canai? Untuk pengetahuan anda juga, sebiji roti canai mengandungi kalori sama dengan 5 km berjogging tau! 

Maklumat Pemakanan

2. Penyediaannya Kurang Bersih
Kebiasaannya, roti canai ini dijual di kedai mamak. Jadi, sudah pastilah pembuatnya juga mamak kan? Haa... Saya bukanlah nak cakap mamak ini pengotor, tapi kurang menjaga kebersihan sikit. Kenapa saya cakap mamak kurang menjaga kebersihan? Baiklah, cuba anda renungkan kembali. Berapa banyak restoran/ kedai mamak yang diiktiraf mempunyai tahap kebersihan "A"? Tidak banyak kan? Hee :D .. Jadi, pernahkah anda terfikir, adakah meja/ tempat yang digunakan untuk membuat roti canai itu sudah cukup bersih? Adakah tangan pembuat roti canai itu telah dibasuh dengan bersih? Belum kira lagi dengan peluh yang terdapat pada bahagian lengan dan dahi pembuat roti canai. Mungkin sahaja peluh mereka itu bercampur dengan roti canai yang dibuat.. Haa.. Senang cerita, dalam proses penyediaan roti canai, elemen kebersihan kurang diambil kira oleh si pembuat dan si pemakan. Mungkin kita sebagai pembeli sedia maklum tentangnya, tetapi apakan daya, roti canai begitu sedap sehingga kita terlupa akan tahap kebersihannya.

Meja/ tempat yang digunakan untuk membuat roti canai.

3. Haram Memakan Roti Canai
Roti Telur
Haram?? Apakah? Haa.. Tahukah anda bahawa, ada hukum yang menyatakan bahawa haram memakan roti telur dan murtabak. Ia dikatakan haram apabila penebar roti canai itu tidak membasuh telur yang digunakan. Tempurung telur yang tidak dibasuh mengandungi najis (bercampur tahi ayam). Jadi, apabila penebar roti canai itu memegang telur yang tidak dibasuh tadi, menyebabkan tangan penebar bernajis. Dengan keadaan tangan yang bernajis itu, penebar kemudiannya membuat roti canai dan ianya secara tidak langsung telah mengaul najis dalam roti canai ataupun murtabak.


Kesimpulannya, roti canai digemari oleh semua lapisan kaum tidak kira melayu, india mahupun cina kerana roti canai sedap untuk dimakan dalam keadaan ianya masih panas dan apabila disajikan bersama dengan kuah kari, dhal dan juga sambal.Hmmm.. Memang sangat sedap. Saya juga sering memilih roti canai sebagai sarapan, minum petang dan makanan lewat malam saya.  Heee.. Tetapi, selepas ini mungkin saya akan berfikir banyak kali sebelum saya memilih untuk makan roti canai. Anda bagaimana?  ;)

posted by, -S.R-

No comments:

Post a Comment