GARDEN (!_!) |
The Garden merupakan antara restoran yang menarik yang pernah saya pergi.. Sebab itu, post kali ini, saya ingin bercerita tentang pengalaman saya pergi ke Garden.. Garden yang saya pergi terletak di Alamanda, Putrajaya...Pertama kali saya pergi ke sana, saya berasa sangat teruja kerana
suasana dan tempatnya sangat menarik dan cantik.. Landskap restoran tu ala-ala
taman gitu... Sebab tu kot namanya “Garden”.. Hihi.. Ermm lepastu, dalam Garden
ni juga, ada buaian tau.. Memang dah macam suasana berada dekat taman lah senang
cerita dan saya rasa, kalau nak buat kejutan ke atau nak melamar seseorang,
boleh lah kot tempah restoran tu dan upah pemain piano sebab dalam tu ada satu
sudut untuk bermain piano... Wahhh !!! Romantik gituh >_< .. Hee.. Tak
adalah, saya gurau je.. Sebenarnya saya pun tak pasti samada piano tu hanya
sebagai hiasan atau boleh dimain oleh sesiapa sahaja yang berkunjung ke situ...
Hihhihhihhhh..
Hmm.. Makanan dekat situ pula,
sedap.. Hiasan dan cara hidangannya nampak eksklusif.. Tu yang membuatkan kita
bertambah selera untuk makan sebab cara hidangan pun sebenarnya akan
mempengaruhi selera makan seseorang tau.. Tak caya?? Okay, cuba anda bayangkan..
Ada dua pinggan nasi goreng dihadapan anda.. Satu ni, guna pinggan plastik (kosong
tanpa corak dan berwarna kuning).. Lepastu, nasi gorengnya pula kosong, tiada sayur, cuma ada
ayam yang dipotong kecil-kecil..
Satu lagi, nasi goreng ni ada
ayam yang dipotong kecil-kecil dan dicampur dengan sayuran campur yang ada
lobak, jagung tu... Haaa.. baru nampak meriah sikit nasi goreng tu kan..
Kemudian, nasi goreng tu dihidangkan di atas pinggan kaca... Haaa... mesti anda
akan lebih berselera untuk makan nasi goreng yang kedua daripada nasi goreng yang
pertama kan.. Padahal, kedua dua nasi goreng itu merupakan nasi goreng yang sama
je... Digoreng dalam satu kuali yang sama, tukang masak yang sama.. Cuma
bezanya, nasi goreng yang kedua tu ditambah sayur campur dan dihidangkan diatas
pinggan kaca.. Nampak tak permainannya kat situ? Hiii...
Okay, tutup cerita pasal nasi goreng, sekarang berbalik kepada topik kita.. Ermm lokasi sudah, rasa makanan pun sudah..
Sekarang ni, harga pula.. Dari segi harga.... Hummm.. Standard kot.. Kalau tempat dah cantik dan selesa, makanan pun
sedap, memang agak mahal lah ceritanya... Tapi entah lah.. Nak kata mahal
sangat pun tak, nak kata murah pun tak.. Harganya setanding dengan tempat kot.. hihi..
Oh iya... Ini gambar makanan yang kami makan waktu itu :
Tadaaaa !! |
Okay.. Sampai disini sajalah perkongsian saya... Sekian, terima kasih ;)
No comments:
Post a Comment