Duduk asrama?
Lapar?
Nak makan tapi malas nak beli makanan?
Nak masak tapi xde dapur?
Hmmm.. Kesiyan, kesiyan, kesiyan~
Takpe2.. Jom masak menggunakan rice cooker yuk!
-_- RICE COOKER?
Boleh ke?
Nak masak ape je kalau guna rice cooker?
Macam pelik je, macam tak menarik je.. Haha..
Haaa... Mesti selama ni korang ingat rice cooker tu digunakan untuk masak nasi putih je kan? Haha.. Saya pun dulu, agak jahil jugak.. Kalau sebut rice cooker je, mesti terbayangkan nasi putih... Tapi sebenarnya, tahukah anda bahawa rice cooker bukan sahaja boleh digunakan untuk memasak
NASI PUTIH SAHAJA ! |
Malah, rice cooker juga boleh digunakan untuk :
Goreng Kentang !_! |
Goreng keropok, buat nasi goreng, buat sup, tomyam, rebus telur, rebus hotdog, isi ketam, macam-macam lah..! Nak panaskan lauk dan buat bubur pun boleh tau.. Hehe.. Macam tak percayakan, tapi inilah hakikatnya.. Haha.. Saya dulu pun xtau tentang kehebatan rice cooker ni.. Almaklumlah, kalau dekat rumah, kalau nak masak ape2, guna kuali, periuk, dapur gas semua tu kan.. Mana lah pernah terpikir nak masak lauk guna rice cooker haa.. Guna rice cooker pun kalau nak masak nasi putih je.. Tapi, bila saya masuk universiti ni, disebabkan masa bulan puasa kafe dekat kolej semua tak bukak, nak cari makanan untuk sahur dan berbuka pun susah, jadi masa bulan puasalah bermulanya saya memasak menggunakan rice cooker dan explore kegunaan rice cooker dengan lebih mendalam... HAHAHA (ayat poyo's giler..Hee..)
Cara nak gunanya? Hmm.. sonang ajo.. Korang anggap lah rice cooker tu macam periuk jugak.. Cuma bezanya, masak guna rice cooker ni agak melecehkan sedikit.. Tambah2 lagi kalau korang ade 1 rice cooker jer..Sebagai contoh, kalau korang nak buat nasi goreng, of course la korang kene masak nasi putih dulu kan, so,
- Masak nasi putih seperti biasa ikutlah banyak mane yang korang nak masak. Tapi kalau periuknya kecil, janganlah korang masak sampai penuh satu rice cooker tu haa.. Macam untuk 10 orang makan.. Nanti acamno nak goreng nasi nye kak? Heee..
- Letakkan nasi putih yang telah siap dimasak ke dalam satu bekas. Kemudian, basuh rice cooker dan lapkan sehingga kering.
- Letakkan sedikit minyak, kemudian goreng ikan bilis/hotdog atau isi ketam atau bebola yang telah dipotong kecil2 sehingga garing / masak.
- Tumis bawang dan bahan2 untuk membuat nasi goreng. (Kalau nak senang, malas nak tumbuk/blander bahan2 nasi goreng tu, belil je perencah segera nasi goreng dekat kedai... Hihi)
- Kemudian, masukkan nasi putih dan gaul sehingga sebati dengan rencah2 nasi goreng yang telah ditumis tadi..
- Agak2 dah sebati, hidangkan nasi goreng tersebut di atas pinggan dan sedia untuk dimakan... ummmm...yummmyyy3... Hee.. :D
Kalau nak masak tomyam, sup dan sebagainya, pun sama sahaja caranya.. Bahan2, cara memasak, semuanya sama macam korang selalu masak kalau guna dapur gas.. Cuma bezanya dekat sini, korang masak guna rice cooker.. Tapi saya sarankan supaya anda semua masak yang simple2 je dah la.. Nama pun guna rice cooker.. Kalau korang nak goreng ikan bawal, ikan keli ke, buat masak lemak cili api ke, memang tak la kan... Leceh kot kalau korang nak masak semua tu guna rice cooker... Hee... Jadi masak lah mengikut logik akal dan kemampuan :) .. Renung2 kan dan selamat mencuba :)
Antara makanan yang saya masak guna rice cooker :
Pelbagai jenis nasi goreng... Nampak sedap kanssss... Hehe |
sardin tak ada ke ? setakat goreng telur adik aku tahu la
ReplyDeletehaha..kureng asam.. sardin adala.. cuma x letak je gambar nye :-P
DeleteNasib baik bagitahu kami cara2 nya...OK la nak masak nie...thanks awak
ReplyDeleteAku nye rice cooker yg automatic off kalau dh panas. Boleh gak ke? Mksudnya kena selalu tekan jd cook-mode la? Mcm tu? Arghhhh lapar tp xreti masak. Susah betul hidup bujang. Hahahaha. Mohon pencerahan jenis rice cooker yg digunakan.
ReplyDeleteYup.. Pakai yg tu pun blh.. Pstikan dia sentiasa cook.. Letak lah apa2 yg blh tahan bnda tu drpd naik ke atas..
DeleteYup.. Pakai yg tu pun blh.. Pstikan dia sentiasa cook.. Letak lah apa2 yg blh tahan bnda tu drpd naik ke atas..
DeleteSendal sudu
DeleteSendal sudu
Deletethanks !! now got idea to cook ....hohohooh
ReplyDelete(sebab gas da habis tetibe ..nnggeee..)
Nak tny laa..xmerosakkn rice cooker ke ??
ReplyDeleteKenapa minyak separuh rice cooker tak panas2 bila nak goreng keropok yg tebal tu?
ReplyDelete