Thursday, December 26, 2013

Kepada warga UKM!!!

Tahukah anda bahawa puri pujangga sedang membuat promosi "MAKAN SATU, PERCUMA SATU"! Ape yg makan satu percuma satunya 0_o?? 

Haaa.. Maksudnya, bila anda order satu jenis makanan, sebagai contoh : nasi goreng anda akan dapat membuat satu lagi order tambahan (apa2 sahaja) tanpa perlu membayar order yg kedua ini.. 

Hmm x faham? Okay, contoh yang paling senang, anda order chinese fried rice yg berharga rm 12 & pasta d' bolognese RM14.. Jadi, apabila anda membuat bayaran, anda hanya perlu membayar harga makanan yang paling tinggi sahaja iaitu, RM 14 dan anda akan mendapat kedua duanya sekali.. So, korg boleh la datang berpasangan.. Kalau yang student tu, datanglah berdua, berempat atau berenam .. Jadi, total semua nanti, contoh kalau datang berdua, korang bahagi lah dua (rm14/2= rm7).. Hmm berbaloi2.. Hihi.. 

Haaa.. Menarik kan, jadi ape tggu lagi? Pergilah sekarang ke puri pujangga Ukm sementara promosi masih ada..promosi hanya sah sehingga 31 disember sahaja.. Kupon makan satu percuma satu dekat puri pujangga pun ade.. Tapi tak tau la kalau dah habis.. Kalau dah habis, sila minta dekat saya yer.. Hehe.. 

Sekian, terima kasih :) 

 
                       Fish n chip :) 

                     Chicken chop 

         Stuffed grilled chicken breast

               
                Muka2 kelaparan.. Hihi

             Promote gelas.. Hee (tibe2) 






Friday, November 08, 2013

Main Masak-masak Guna RICE COOKER yuk :)

Duduk asrama?
Lapar?
Nak makan tapi malas nak beli makanan?
Nak masak tapi xde dapur?
Hmmm.. Kesiyan, kesiyan, kesiyan~
Takpe2.. Jom masak menggunakan rice cooker yuk!

-_-   RICE COOKER?
Boleh ke?
Nak masak ape je kalau guna rice cooker?
Macam pelik je, macam tak menarik je.. Haha..

Haaa... Mesti selama ni korang ingat rice cooker tu digunakan untuk masak nasi putih je kan? Haha.. Saya pun dulu, agak jahil jugak.. Kalau sebut rice cooker je, mesti terbayangkan nasi putih... Tapi sebenarnya, tahukah anda bahawa rice cooker bukan sahaja boleh digunakan untuk memasak


NASI PUTIH SAHAJA !


Malah, rice cooker juga boleh digunakan untuk :

Goreng Telur >_<

Goreng Kentang !_!

Goreng keropok, buat nasi goreng, buat sup, tomyam, rebus telur, rebus hotdog, isi ketam, macam-macam lah..! Nak panaskan lauk dan buat bubur pun boleh tau.. Hehe.. Macam tak percayakan, tapi inilah hakikatnya.. Haha.. Saya dulu pun xtau tentang kehebatan rice cooker ni.. Almaklumlah, kalau dekat rumah, kalau nak masak ape2, guna kuali, periuk, dapur gas semua tu kan.. Mana lah pernah terpikir nak masak lauk guna rice cooker haa.. Guna rice cooker pun kalau nak masak nasi putih je.. Tapi, bila saya masuk universiti ni, disebabkan masa bulan puasa kafe dekat kolej semua tak bukak, nak cari makanan untuk sahur dan berbuka pun susah, jadi masa bulan puasalah bermulanya saya memasak menggunakan rice cooker dan explore kegunaan rice cooker dengan lebih mendalam... HAHAHA (ayat poyo's giler..Hee..)

Cara nak gunanya? Hmm.. sonang ajo.. Korang anggap lah rice cooker tu macam periuk jugak.. Cuma bezanya, masak guna rice cooker ni agak melecehkan sedikit.. Tambah2 lagi kalau korang ade 1 rice cooker jer..Sebagai contoh, kalau korang nak buat nasi goreng, of course la korang kene masak nasi putih dulu kan, so, 

  1. Masak nasi putih seperti biasa ikutlah banyak mane yang korang nak masak. Tapi kalau periuknya kecil, janganlah korang masak sampai penuh satu rice cooker tu haa.. Macam untuk 10 orang makan.. Nanti acamno nak goreng nasi nye kak? Heee..
  2. Letakkan nasi putih yang telah siap dimasak ke dalam satu bekas. Kemudian, basuh rice cooker dan lapkan sehingga kering.
  3. Letakkan sedikit minyak, kemudian goreng ikan bilis/hotdog atau isi ketam atau bebola yang telah dipotong kecil2 sehingga garing / masak.
  4. Tumis bawang dan bahan2 untuk membuat nasi goreng. (Kalau nak senang, malas nak tumbuk/blander bahan2 nasi goreng tu, belil je perencah segera nasi goreng dekat kedai... Hihi)
  5. Kemudian, masukkan nasi putih dan gaul sehingga sebati dengan rencah2 nasi goreng yang telah ditumis tadi.. 
  6. Agak2 dah sebati, hidangkan nasi goreng tersebut di atas pinggan dan sedia untuk dimakan... ummmm...yummmyyy3... Hee.. :D

Kalau nak masak tomyam, sup dan sebagainya, pun sama sahaja caranya.. Bahan2, cara memasak, semuanya sama macam korang selalu masak kalau guna dapur gas.. Cuma bezanya dekat sini, korang masak guna rice cooker.. Tapi saya sarankan supaya anda semua masak yang simple2 je dah la.. Nama pun guna rice cooker.. Kalau korang nak goreng ikan bawal, ikan keli ke, buat masak lemak cili api ke, memang tak la kan... Leceh kot kalau korang nak masak semua tu guna rice cooker... Hee... Jadi masak lah mengikut logik akal dan kemampuan :) .. Renung2 kan dan selamat mencuba :)

Antara makanan yang saya masak guna rice cooker :

Pelbagai jenis nasi goreng... Nampak sedap kanssss... Hehe



























Telur mata yang x berapa nak mata sangat(hehe), telur dadar, keropok, hotdog, wedges (^_^)




Tuesday, October 22, 2013

Andai Engkau Mengerti Perasaanku Ini !

Saban hari, aku menjadi semakin hipokrit...
Luaran nampak seperti simen yang kuat dan kukuh...
Tetapi hakikatnya aku ibarat tembikar yang halus dan gelas yang nipis...
Yang akan pecah dan berderai pada bila2 masa sahaja...

Sedarkah engkau bahawa kesibukkan mu telah mengabaikan perasaanku?
Sedarkah engkau bahawa aku ini masih wujud disisimu?
Sedarkah engkau bahawa aku ini hanyalah manusia biasa yang masih mempunyai hati dan perasaan?
Adakah engkau yang telah berubah?
Atau mungkinkah aku yang terlampau sensitif?

Sungguh aku benci orang yang memanggilku "1st lady"..
Sungguh aku benci orang yang menganggap diriku ini beruntung..
Sungguh aku benci kamoo, kamoo dan kamooo.. !!

Andai mereka tahu apa yang aku rasai...
Sepanjang berada diposisiku ini....
Andai mereka tahu betapa sakitnya hatiku ini...
Andai mereka tahu betapa sedihnya diriku ini...
Aku yakin dan pasti...
Mereka tidak akan memerliku lagi...

Bukan sanjungan yang ku minta...
Bukan wang ringgit yang ku cari...
Apa yang ku harapkan...
Mohon Engkau Mengerti Hati dan Perasaanku ini... :')

Selagi hayat dikandung badan...
Aku akan tetap begini.....
Menjadi happy go lucky...
Sentiasa sabar menanti.....
Dirimu yang lama kembali......

Sunday, October 20, 2013

I'm Back !!!! Haha :D

Setelah sekian lamanya menyepi, 
Akhirnya aku kembali... !!!!!
Muahahahaha.... 
Ayat poyo's giler.. Hehe...
Seriusly rasa rindu giler nk ber "blogger" .. haha..
Ni semua gara2 sifatku yang mudah lupa.. 
Sampaikan email blog sendiri pun aku boleh lupa -_-"
Apalah nak jadi dengan aku ni....
Da makin pelupa sekarang ni....
Tapi Alhamdulillah, atas bantuan pensyarahku yang baik hati.
Akhirnya aku dapat jugak bukak blogku ni ... Wee weeeeeee.....
So, lepasni, In shaa Allah, aku akan rajin2kan jari jemariku ini,
Untuk menari-nari diatas papan kekunci laptopku ini... HAHAHAHA..
Sekian sahaja postku kalini,
Semoga berjumpa dilain hari :)


Salam sayangggggg,
no ra ;) 

Monday, July 15, 2013

Rahsia Amalan Wanita Solehah :)

Sempena bulan Ramadhan, bulan yang mulia ini, saya ingin berkongsi dengan anda semua tentang, "Rahsia Amalan Wanita Solehah" ... Post ini hanyalah sekadar perkongsian dan renungan bersama :) .. Antara rahsia2 nya ialah :

1. Mendirikan solat


Semua manusia yang sudah mencapai umur baligh diwajibkan keatasnya solat fardu lima waktu sehari semalam. Solat fardu dengan rajin dan lakukannya solat sunat bagi menampung kekurangan yang terdapat pada solat wajib itu tadi.

2. Menjaga solatnya

Seseorang yang wajib solat dituntut juga khusyuk ketika menunaikan kewajipan itu. Selain khusyuk, menunaikan solat juga dituntut beristiqamah iaitu melakukan solat dengan berterusan mengerjakannya serta menjaga waktunya, ini bermaksud solat itu mesti diawal waktu dan tidak berlengah- lengah. Janganlah disebabkan oleh berbuka, kita melengah-lengahkan benda yang wajib (solat).. ;)

3. Bersyukur dan redha

Manusia ini biasa mempunyai tabiat yang buruk kerana apabila ditimpakan ujian atau musibah sering mengeluh dan adakalanya seperti menyalahkan takdir. Sebaiknya kita bersyukur dan redha dengan setiap pemberian Allah kerana musibah menandakan bahawa Allah masih ingat dan sayang kat kita.. Sebab tu Allah berikan kita musibah supaya kita tidak mudah lupa akan asal usul kita (n_n)..
4. Selalu bersedekah

Murah hati adalah sifat yang mulia. Kehidupan akan menjadi indah dan bahagia apabila semua orang ada perasaan ingin saling bantu membantu sesama saudara seagama. Sehingga malaikat berdoa agar orang yang rajin memberi sedekah itu Allah S.W.T akan gantikan dangan ganjaran yang berlipat kali ganda.

5. Menjaga maruah diri

Untuk menjadi wanita solehah hendaklah wanita itu menjaga maruahnya dengan menutup aurat dengan betul.memelihara diri dan kehormatannya serta menjauhi perlakuan yang boleh mendorongnya melakukan maksiat dan perbuatan keji.

6. Takut murka Allah

Wanita solehah sentiasa patuh kepada ajaran Allah dan menjauhi semua laranganNya. Walaupun Allah tidak dapat dilihat tetapi sentiasa merasakan Allah itu Maha melihat semua perbuatan hambaNya.

7. Menjaga amanah.

Sebagai wanita perlulah menjaga amanah yang telah dipikulkan ke atasnya seperti amanah menjadi seorang isteri, seorang ibu , seorang pekerja, seorang tertangga. Amanah kepada Allah seperti di dalam surah Al-Fatihah , ‘kepada Engkau kami menyembah dan kepada Engkau kami memohon pertolongan.

8. Pandai mengaji Al-Quran

Wanita solehah selain solat, menjaga solatnya dengan istiqamah, menjaga amanah dan memelihara diri, mestilah juga tahun mengaji quran dan suka/sering menjadikan Quran itu sebagai sahabatnya. Sesungguhnya rumah yang tidak diperdengarkan alunan bacaan Quran ibarat sebuah kubur. 

Jadi kesimpulannya, marilah kita muhasabah diri dan berusahalah untuk menjadi Wanita Solehah... Insya Allah.. Renung2 kan dan Selamt Beramal ;)

Sekian, Assalamualaikum..

Sunday, July 14, 2013

Saya Sedar Siapa Saya !

Baiklah....
Saya tahu saya cuma manusia biasa je..
Saya tahu saya tidak berjawatan..
Saya tahu saya tidak berpengetahuan luas..
Saya tahu saya tidak sempurna..
Saya tahu saya banyak kelemahan..
Saya sedar siapa saya..

Saya cuma budak 1st year yang baru nak berjinak jinak dekat UKM ni..
Saya tahu saya pun baru je dekat UKM ni..
Saya tahu saya masih tidak layak untuk memberikan sebarang pendapat..
Hmmm...
Saya faham maksud kata2 mu itu..
Mungkin ada benarnya apa yg dia katakan itu..

Cuma mungkin aku yg terlalu sensitif..
Mungkin aku yang mudah terasa..
Kerana kata2nya membuatkan aku tersedar siapa aku..! 
Lalu aku membuat keputusan untuk menarik diri dari menyertainya..
Kerana aku sedar ada benar kata2nya itu dan kerana aku sedar siapa diriku inilah yg mnyebabkan aku menarik diri..

Tetapi dia berfikiran sebaliknya.. 
Padahal tidak terlintas langsung di fikiranku untuk berfikir sedemikian rupa..
Dia selalu menyalah erti maksud dari kata2 dan perbuatanku..
Tolonglah mengerti bahawa aku menarik diri dari menyertainya kerana "Saya Sedar Siapa Saya".. :'(
Tak ada maksud atau niat lain punnnsss..


Kesimpulannya, Serapat manapun kita dengan seseorang, tidak kira kawan baik mahupun org yang dekat dengan kita, mungkin mereka boleh tahu bila kita marah, touching, gembira dan sedih, tapi mereka tidak akan pernah mengerti kenapa kita marah, touching, gembira dan sedih kerana kadang2 tanpa kita sedari, kita mungkin telah menyakiti hati kwn kita / hati org lain dengan kata2 atau perbuatan kita.. Renung2 kan lah.. :'(

Sekian, terima kasih 





Tuesday, June 18, 2013

Hampir je nak histeria... !

Tadi tepat jam 2.00 p.m..
Sedang aku bermain candy crush sambil baring2 diatas katil...
TIBA-TIBA !
Aku terdengar satu bunyi yang datang dari arah tingkap..
Lantas, aku memandang ke arah tingkap dan tiba-tiba!
Aku melihat seekor monyet di dalam bilik ku..


Argghhhh!!! 
Perasaan ku ketika itu, hanya ALLAH shj yg tahu..
Terasa ingin gugur jantungku..
Nasib baik aku tak menjerit macam orang histeria masa tu..
Lihat shj monyet, tanpa berfikir panjang, aku terus bangun dari katil dan cuba halau menggunakan bantalku..
Tapi malangnya, monyet tu yg gertak aku!!!
Aku pun ape lagi, 
LARIIIII keluar bilik..

Aku berdiri diluar bilik sambil berfikir dan monolog dalam hati, "Hmm.. Tak kan nak biarkan je.. Kang hancur laptop aku dan laptop rumate ku dan habislah tsunami bilik aku nanti.."
Setelah berfikir sejenak, aku pun memberanikan diri untuk membuka pintu bilikku.. 

Aku mencapai selipar rumateku..
Kemudian aku acah2 baling.. 
Lepastu, monyet tu lari keluar tingkap.. Tapi berhenti seketika..
Aku kemudiannya dalam keadaan separuh sedar, aku dengan selamber baling lah selipar tu..
Then, lepas baling, baru aku sedar yg aku dah baling selipar rumateku keluar tingkap.. HEHE...
Hmm..Tapi tak pelah.. Kejap lagi aku turunlah pergi ambil balik selipar dia..
Hik3.. Yang penting, monyet tu dah keluar !
Yeayyyy!! Alhamdulillah...

Kesimpulannya, "selipar" roomateku lah penyelamat hidupku.. HIHIHI... ^^  .. Akhir kata, janganlah buka tingkap luas2 pada waktu tengah hari ataupun petang... 

Mood : Insaf seketika.. Lepas ni, bukak tingkap balik.. Sebab ni bukan kali pertama monyet masuk dalam bilik.. Hehe.. Walaupun ni bukan kali pertama, tapi tak tahu kenapa aku paling takut n terkejut tadi .. Mungkin sebab monyet kalini lebih berani dari yg sebelum-sebelum ni kot.. Hee.. Kan dah tak pasal2 selipar roomate aku kena baling.. Hik3...

Sorry Roomate.. Luv u.. Hee..


Wednesday, June 05, 2013

Pembentangan "PowerPoint" sesi 1

Post tambahan ini berkaitan dengan pembentangan "PowerPoint" yang telah diadakan 9 Mei yang lalu.. Untuk pembentangan sesi yang pertama ini agak malang sebenarnya sebab banyak masalah yang kami telah hadapi sepanjang sesi pembentangan diadakan... Dianggarkan bahawa 8 hingga 12 kumpulan yang akan membuat pembentangan pada tarikh tersebut.. Tetapi disebabkan oleh masalah speaker yang tidak boleh berfungsi dan beberapa masalah teknikal yang lain, jadi hanya 2 kumpulan sahaja yang sempat untuk membuat pembentangan pada hari tersebut...

Kumpulan pertama yang membuat pembentangan ialah kumpulan 12... Kumpulan ini membentangkan tajuk "Pantang Larang" ..
Hmm.. Kumpulan ini ada menerangkan tentang pantang larang orang melayu, cina dan india.. Tapi, saya paling tertarik dengan pantang larang orang cina.. Antara pantang larang orang cina ialah:
  1. Pemilihan warna baju mestilah warna-warna yang cerah.. Pemilihan warna-warna yang gelap dikatakan seperti sedang berkabung.. 
  2. Kalau ada orang meninggal, perkahwinan perlulah ditangguh kerana tidak manis sekiranya perkahwinan tetap dijalankan walaupun ada kematian..
  3. Individu yang mempunyai nama keluarga yang sama tidak digalakkan untuk berkahwin...
  4. Menjelang perayaan, mereka tidak dibenarkan untuk menggunakan penyapu pada hari pertama kerana ianya ibarat menyapu keluar kekayaan..
  5. Tidak menjatuhkan pinggan mangkuk pada hari perayaan.. Kalau jatuh, kena sebut perkataan yang elok..
Secara keseluruhannya, pembentangan bagi kumpulan ini agak menarik sebab saya tidak berapa arif soal pantang larang ni.. Jadi, bila ahli-ahli kumpulan ini cerita tentang pantang larang, secara tidak langsung saya dapat tahu beberapa perkara yang saya tak tahu.. Hehe..

Bagi kumpulan yang seterusnya ialah kumpulan 2.. Tajuk kumpulan 2 ialah "Kasut"...

Kasut? Hmm.. Kasut ni merupakan salah satu keperluan manusia.. Jadi, benda ini sangat common bagi kita.. Berdasarkan pembentangan yang telah dibuat oleh kumpulan ini, apa yang saya boleh simpulkan ialah, kasut perempuan lebih banyak daripada kasut lelaki.. Kasut permpuan ada pelbagai jenis.. Antaranya ialah Tall Boots, Booties, Peep Toes dan Flats.. Sedangkan kasut lelaki, hanya ada beberapa jenis sahaja.. hihi...

- Sekian, Terima Kasih -

Finally, I am done ^^

Alhamdulillah.. Finally, I am done with my task.. Finally, I'm managed to do 30 post at the end of the semester.. Here, I would like to thank to my lecturer, En. Azzwan for letting us to know and learn about blogger and thanks for everything that you had done for us, sir.. This post will be my last post, "maybe".. Hehe.. Just kidding ;).. Hmm.. Maybe after this, I will still continue being a blogger.. But it is depends on the situation.. Depends whether I am free or not because what I've learned from this task is through this assignment, I realized that is not easy to become a successful writer.. To write something on a blog requires a lot of ideas and good writing techniques.. Only then will attract people to visit and read our blog... So, I hope that I have always given the opportunity to write something on the blog and share something with you all.. Hehe.. That's all from me..

-Thank You- <3


Kungfu Paradise~

Hari ini, saya ingin berkongsi tentang tempat makan yang seterusnya.. Hurmm.. Dah macam rancangan Jalan-Jalan Cari Makan lah pula.. Asyik cerita tentang tempat makan je.. Hihi.. Tak kira.. Saya nak cerita juga.. Hee.. Okay.. Tempat makan seterusnya yang saya pernah pergi ialah di “Kungfu Paradise”...  Kungfu Paradise?? Hmmm.. Dengar macam menarik.. Tiba-tiba terasa macam nak cuba.. So, ada satu hari ni, saya pun google lah pasal “Kungfu Paradise” ni... Disebabkan susah nak jumpe Official Website untuk Kungfu Paradise ni, jadi saya pun tengok image-image Kungfu Paradise ni je.. Bile saya tengok gambar-gambar yang berkaitan dengan Kungfu Paradise di internet, saya tengok macam ramai budak kecil je yang datang makan dekat situ.. Hmmm bila tengok je ramai budak-budak yang makan dekat situ, saya pun tak jadilah nak cuba makan dekat situ... 

Tapi ada satu hari ni, saya pergi ke Mid Valley dan bila lalu dekat depan Kungfu Paradise tu, kami pun tengoklah menu yang terdapat di luar kedai Kungfu Paradise tu... Macam menarik dan macam-macam jenis pilihan ada... Sebelum sebelum ni, saya ingat Kungfu Paradise ni hanya menyediakan makanan untuk set kanak-kanak sahaja.. Ternyata tanggapan saya selama ini salah... Jadi lepas tengok menu, kami pun membuat keputusan untuk makan di situ...

Untuk makanan, kami cuba Laming Hot Bake Rice dan Kuew Tiaw apetah... Tak ingat namanya apa.. Hee.. Laming Hot Bake Rice tu agak unik tau.. Tak tau macam mana nak terangkan.. Tapi yang pasti memang sangat unik lah.. Dah macam makan piza pun ada.. Kenapa saya cakap makan nasi tu macam makan piza?? Haaa.. Kalau nak tahu, pergilah cuba sendiri ya... Hihi.. Kuew Tiaw yang saya makan tu pula memang sedap sangat sangat sangat... Kuantiti dagingnya pun banyak dan lembut... Memang terbaiklah saya rasa... Secara keseluruhannya, saya amat berpuas hatilah makan di Kungfu Paradise tu.. Tak sia-sia kami cuba makan dekat situ.. Anda pun boleh la mencuba kalau mahu ;)

Ni antara menu yang terdapat di Kungfu Paradise :





Hanya tisu sahaja yang saya ada sebagai kenangan.. Hihi..

Tisu yang sempat saya bawa balik.. Hihi..

- Sekian, terima kasih - :)
 

Tuesday, June 04, 2013

3 Perkara yang Lelaki PERLU Tahu !

Tahukah anda bahawa perempuan ini sangat sensitif orangnya?? Kadang-kadang tu, memang sensitiviti diorang tu nampak macam mengada-ngada.. Tapi nak buat macam mana.. Dah namanya pun perempuan dan lumrahlah bila perempuan ini cepat terasa / merajuk sebab hati kami ni mudah tersentuh tau.. Kami ni, cepat terharu, cepat berpuas hati dan cepat merajuk juga.. Hihi.. Senang cerita, perempuan ni ada macam-macam kerenah, dan pantang larangnya... Tapi ada je perempuan yang tak mudah terasa / sporting.. Tetapi, sporting-sporting diorang pun, diorang pun ada hati dan perasaan tau.. Jadi, tidak semestinya kalau diorang tu seorang yang sporting, anda tidak perlu menjaga hatinya.. Awas para lelaki ! Perempuan ini, tidak mudah dijangka tau.. Kadang benda besar diorang tidak kesah, tapi benda yang kecil-kecil dan hal yang remeh temeh juga diorang nak kesah dan merajuk secara tiba-tiba.. Hehe.. Antaranya :

  1. Tidak ada perasaan
Lelaki ! Cubalah memahami.. Bak kata Harith Iskandar, bila perempuan cakap “Nothing”, It’s mean “Everything” ! Jadi, tolonglah cuba mengerti maksud tersirat disebalik perkataan yang keluar dari mulut seorang wanita.. Kadang tu, perempuan ni cakap je “Tak ada apalah”.. Tapi sebenarnya... Hmm.. Faham-faham sendirilah.. Tapi lelaki ni pula jenis yang mengikut je.. Bila perempuan cakap “Tak ada apa-apa”, diorang pun dalam hati akan cakap, “Oh, okay tak ada apa”... Haaa ???! Macam tu je respon lelaki ?? Haishhh...

  1. Sibuk / busy
Perempuan tak suka kalau lelaki ni sentiasa sibuk memanjang... Dah la sibuk, lepastu masa tengah bertemu janji (dating) pun masih lagi sibuk.. Badan je ada dekat situ, tapi fikiran entah ke mana.. Ada je mesej dari kawan-kawan masuk tanya pasal kerja.. Lelaki ! kalau anda rasa anda tidak kelapangan waktu itu, janganlah nak mengajak si dia untuk keluar makan ke apa.. Walaupun memang dah janji, tetapi tiba-tiba pada hari kejadian anda ada kerja yang perlu diselesaikan, daripada anda masih teruskan dengan janji itu, lebih baik anda tunda ke hari lain sebab apa gunanya teruskan juga tapi dalam keadaan yang tergesa-gesa ?? Si dia nak makan pun tercekik tau sebab kena tergesa-gesa..

  1. Curang
Ni saya rasa, semua lelaki sedia maklum.. Perempuan paling pantang sekali bila dia dapat tahu yang pakwe/suami dia curang.. Biasalah.. Siapa je yang suka pasangannya curang? Dan kalau boleh, tak nak pun perkara itu terjadi dalam hidup mereka.. Sekali perempuan dapat tahu yang pasangannya curang, memang sengsaralah hidup lelaki itu.. Bukan senang tau nak dapatkan kembali kepercayaan seorang perempuan bila kepercayaan itu telah dikhianati... Risiko untuk mengalami masalah rumah tangga memang sangat tinggi dan pergaduhan akan kerap berlaku.. Senang cerita, “curang” ni merupakan salah satu faktor yang menyebabkan kejatuhan rumah tangga.. Hmmm.. Dahsyat kan.. Jadi, berwaspadalah ya.. Jangan sesekali berlaku curang dibelakang pasangan anda kerana sepandai pandai tupai melompat, akhirnya akan jatuh ke tanah jua :P ..

Ini semua hanyalah pandangan saya sahaja selaku seorang perempuan dan sebenarnya ada banyak lagi perkara yang lelaki perlu tahu.. Tetapi saya macam malas pula nak menghuraikan kesemuanya.. Hihi..  Jadi, renung-renungkanlah sendiri ya... Heee...


Bye, Assalamualaikum ;)

THE GARDEN -Alamanda-

GARDEN (!_!)

The Garden merupakan antara restoran yang menarik yang pernah saya pergi.. Sebab itu, post kali ini, saya ingin bercerita tentang pengalaman saya pergi ke Garden.. Garden yang saya pergi terletak di Alamanda, Putrajaya...Pertama kali saya pergi ke sana, saya berasa sangat teruja kerana suasana dan tempatnya sangat menarik dan cantik.. Landskap restoran tu ala-ala taman gitu... Sebab tu kot namanya “Garden”.. Hihi.. Ermm lepastu, dalam Garden ni juga, ada buaian tau.. Memang dah macam suasana berada dekat taman lah senang cerita dan saya rasa, kalau nak buat kejutan ke atau nak melamar seseorang, boleh lah kot tempah restoran tu dan upah pemain piano sebab dalam tu ada satu sudut untuk bermain piano... Wahhh !!! Romantik gituh >_< .. Hee.. Tak adalah, saya gurau je.. Sebenarnya saya pun tak pasti samada piano tu hanya sebagai hiasan atau boleh dimain oleh sesiapa sahaja yang berkunjung ke situ... Hihhihhihhhh..

Hmm.. Makanan dekat situ pula, sedap.. Hiasan dan cara hidangannya nampak eksklusif.. Tu yang membuatkan kita bertambah selera untuk makan sebab cara hidangan pun sebenarnya akan mempengaruhi selera makan seseorang tau.. Tak caya?? Okay, cuba anda bayangkan.. Ada dua pinggan nasi goreng dihadapan anda.. Satu ni, guna pinggan plastik (kosong tanpa corak dan berwarna kuning).. Lepastu, nasi  gorengnya pula kosong, tiada sayur, cuma ada ayam yang dipotong kecil-kecil..

Satu lagi, nasi goreng ni ada ayam yang dipotong kecil-kecil dan dicampur dengan sayuran campur yang ada lobak, jagung tu... Haaa.. baru nampak meriah sikit nasi goreng tu kan.. Kemudian, nasi goreng tu dihidangkan di atas pinggan kaca... Haaa... mesti anda akan lebih berselera untuk makan nasi goreng yang kedua daripada nasi goreng yang pertama kan.. Padahal, kedua dua nasi goreng itu merupakan nasi goreng yang sama je... Digoreng dalam satu kuali yang sama, tukang masak yang sama.. Cuma bezanya, nasi goreng yang kedua tu ditambah sayur campur dan dihidangkan diatas pinggan kaca.. Nampak tak permainannya kat situ? Hiii...

Okay, tutup cerita pasal nasi goreng, sekarang berbalik kepada topik kita.. Ermm lokasi sudah, rasa makanan pun sudah.. Sekarang ni, harga pula.. Dari segi harga.... Hummm.. Standard kot.. Kalau tempat dah cantik dan selesa, makanan pun sedap, memang agak mahal lah ceritanya... Tapi entah lah.. Nak kata mahal sangat pun tak, nak kata murah pun tak.. Harganya setanding dengan tempat kot.. hihi.. 

Oh iya... Ini gambar makanan yang kami makan waktu itu : 

Tadaaaa !!

Okay.. Sampai disini sajalah perkongsian saya... Sekian, terima kasih ;)

Monday, June 03, 2013

-RED WOK-

Kalau tadi, saya cerita pasal Seoul Garden, sekarang ini saya ingin bercerita pasal "Redwok" pula... Redwok ni, lebih kurang macam Seoul Garden juga sebab ada menyediakan pakej buffet bagi penggemar steamboat dan BBQ (bakar-bakar).. Tapi bezanya redwok, dekat redwok ni, kita boleh order untuk masakan panas juga... Kita boleh pilih samada nak pakej steamboat sahaja atau steamboat + BBQ(bakar-bakar) atau nak makan masakan panas sahaja...

Buffet steamboat dan BBQ dekat redwok ni, tidak kurang hebatnya dengan buffet di Seoul Garden.. Cuma bezanya, di redwok tiada ABC/cendol dan pilihan airnya tidak sebanyak pilihan di Seoul Garden.. Tapi di redwok ada kek dan puding karamel.. Hmm dengar macam sedapkan.. ! Yummy3... !!! Tapi mungkin saya agak bernasib malang kot masa tu sebab puding karamel yang saya makan waktu itu rasanya tidak berapa sedap :( .. Ermm dari segi harga pula, redwok lebih murah kot sebab kalau tak salah, untuk 2 orang (steamboat + BBQ) = RM 66 berbanding dengan di Seoul Garden, 2 orang = RM79.60.. 

Bagi sesiapa yang tiba-tiba teringin nak makan steamboat/BBQ, tapi nak pergi ke Seoul Garden tu jauh sangat,  tidak mengapa, redwok kan ada... Hehe :D.. Untuk pengetahuan semua, redwok ni terletak di Bandar Baru Bangi sahaja tau.. Tak adalah jauh sangat dengan UKM.. Hihi.. Nak alamat?? Ni bisnes kad restoran tu..



-Selamat Mencuba ;) -

Welcome to Seoul Garden :)

Assalamualaikum, selamat sejahtera, salam 1 Malaysia dan salam Perak Aman Jaya... Heeee...

Harini saya nak berkongsi dengan anda tempat makan yang kedua iaitu di "SEOUL GARDEN" ! Seoul Garden merupakan sebuah restoran yang menyediakan buffet untuk steamboat/bakar.. Di Seoul Garden terdapat :


1) Pelbagai jenis bahan mentah seperti ayam, daging, udang, sotong dan lain-lain.


2) Bebola, hotdog, isi ketam


3) Pelbagai jenis sayur (Kimchi pun ada tau ^^ )


4) Pelbagai jenis sos

5) Buah-buahan dan bahan-bahan untuk membuat ABC/Cendol.

6) Lebih daripada 3 jenis air dan mesin membuatABC


7) Aiskrim sebagai pencuci mulut (n_n)

Senang cerita, macam-macam ada...! Tapi bergantung juga kepada lokasi yang anda pergi kerana terdapat sesetengah lokasi, lot kedai untuk Restoran Seoul Garden nya agak kecil, jadi ada beberapa pilihan makanan yang tidak ada.. Tapi masih memuaskan hati... Saya selalu pergi ke Seoul Garden ni berdua dengan kakak saya.. Dialah yang memperkenalkan Seoul Garden ini kepada saya... Hee... Selain mempunyai pelbagai jenis pilihan makanan, tempatnya juga bersih dan selesa serta makanan-makanannya segar-segar belaka.. Jadi, makanlah sampai kembung (kenyang).. Kalau anda hendak mencuba makan di Seoul Garden ini, anda dinasihatkan supaya pastikan anda betul-betul lapar atau anda seorang yang kuat makan.. Kalau tidak, rugi tau anda makan disini tapi tidak dapat mencuba semua jenis lauk dan makanannya... Hehe..

Dari segi harga pula, hmm.. Harganya berbeza-beza mengikut kategori (orang dewasa, kanak-kanak dan pelajar) dan mengikut waktu (lunch & dinner)... Haritu, saya dan kakak saya pergi pada waktu lunch (11.30a.m - 3.59p.m), harga untuk dua orang adalah sebanyak RM79.60... Kalau anda perasan, cukai/ tax yang dikenakan memang agak mahal.. 


Dari segi lokasi, Seoul Garden ini terletak di 1 Utama Shopping Centre (Petaling Jaya), IOI Mall (Puchong), Setia City Mall (S.Alam), KL Festival City (Setapak, Kuala Lumpur), dan Paradigm Mall (Kelana Jaya)... Kalau anda kelapangan dan teringin untuk mencuba makan di Seoul Garden, silalah :) .. Selamat Mencuba >_<



Misi Mencari Hadiah (1)

Khamis (30/5/2013), lepas habis kelas, aku membuat keputusan untuk pergi ke Mid Valley untuk mencari hadiah hari jadi ayahku..Aku tak nak susahkan sesiapa untuk temankan aku, jadi aku pun pergilah seorang diri.. Pukul 3.30 p.m, aku tunggu bas rengit (6K)... Hampir setengah jam juga lah aku menunggu.. Selepas setengah jam tu, kebetulan bas rapid pun sampai.. Jadi aku pun naiklah bas rapid.. Bila dah masuk dalam bas tu, terasa panas tiba-tiba.. Rupanya penyaman udara bas tu ROSAK ! Dah la cuaca panas, penyaman udara bas pula rosak..Haishhhh.. Tak apalah.. Redho je la... 

Lepas tu, masa aku dalam bas, tiba-tiba mak aku call... Aku bergayut telefon dengan mak sampai aku tak sedar yang bas tu dah sampai hentian kajang.. Hmm.. Takpelah.. Aku boleh turun dekat KTM Kajang je.. Tapi, aku jarang pergi ke KTM Kajang.. Jadi, aku kurang pasti nak turun dekat mana.. Tengok punya tengok, perhati punya perhati, kejap lagi aku ternampak papan tanda " KTM Kajang".. Aku pun apa lagi... Kelam kabut tekan loceng bas rapid tu.. Bas tu pun kemudiannya berhenti dan turunkan aku..

Bila aku turun je bas, aku tiba - tiba rasa pelik.. Aku jadi keliru.. Betul ke dekat situ laluan ke KTM Kajang sebab setahu aku, laluan ke KTM Kajang tu dekat dengan masjid.. Tapi aku x nampak pun masjid.. Ah sudah... Mana aku nak pergi ni.. Dah la sorang-sorang.. Nasib baik belakang aku tu ada deretan kedai.. Aku pun pergilah tanya dekat seorang aunty cina ni.. Aunty tu cakap, "KTM Kajang? Manyak jauh ooo"... Aku dengar pun, jadi lemah semangat.. Tapi aku tak ada pilihan lain.. Nak tak nak, terpaksalah aku berjalan kaki cari laluan ke KTM Kajang tu.. Hampir 20 minit jugaklah aku berjalan kaki untuk sampai ke KTM Kajang tu... Alhamdulillah akhirnya aku dapat naik train dengan selamat... 

Sampai je dekat Mid Valley, aku pergi beli air sebab penat dan haus.. Lepas tu, aku rancang nak jalan dari satu tingkat ke satu tingkat... Tapi malangnya hajatku itu tidak kesampaian sebab masa aku dekat tingkat 2, tiba-tiba aku dapat mesej daripada kawanku.. Dia cakap, "Ekin, kelas OB malam ni, kita duduk sama-sama ek"... Lepas je aku baca mesej tu, aku berfikir sejenak.. Kelas OB??? Oh tidakkkk!!! A'ah la... Malam ni, pukul 8 aku ada kelas..! Aku pun tak tahu macam mana aku boleh terlupa tentang kelas tu.. Dah la aku tak beli lagi hadiah untuk ayahku.. Aku hanya sempat beli beberapa barangku je.. Nak tak nak, terpaksalah aku bergegas pulang sebab kalau tidak, aku tak akan sempat untuk sampai ke UKM sebelum pukul 8... 

Dah la aku kejar masa.. Lepastu, bas Rengit pula lambat... Dah la lambat.. kejap lagi tak tahu kenapa, bas Rengit tu tak berhenti dekat kolej aku!!! Ahhh sudah... Macam macam dugaan aku.. ! Boleh pula bas tu tak lalu KKM.. Aku pun tanpa berfikir panjang, aku turun dekat Kolej Ibnu Zain, kemudian jalan kaki balik kolej aku (KKM)... 

Tepat jam 8, aku naik bas pergi ke fakulti.. Disebabkan jam 8 baru aku naik bas, jadi aku sampai ke fakulti lewat sedikit... Alhamdulillah kelas malam tu, semuanya berjalan dengan lancar.. Habis kelas, aku terus balik ke kolej, kemas meja belajar ku dan kemudian aku terus tidur....

-bersambung- :)

Tuesday, May 28, 2013

Dubu Dubu (Seoul Food)

Tahukah anda bahawa Dubu Dubu merupakan salah satu restoran yang menyediakan makanan ala-ala korea gitu?? Tahukah anda bahawa makanan yang terdapat di Dubu Dubu ini halal dimakan?? Haa.. Bagi sesiapa yang minat Kpop tu, selalu tengok drama korea, kalau korang perasan, salah 1 makanan yang popular yang sering dimakan oleh orang korea ialah Kimchi! Selama ni, hanya tengok Kimchi dalam drama korea je kan.. Tapi di Dubu Dubu, anda boleh cuba sendiri bagaimana rasanya kimchi tu.. Sedap ke, tak sedap??? Haa kalau nak tahu, cubalah sendiri ya ;) ..

Berdasarkan pengalaman saya, saya rasa makanan di Dubu Dubu ini unik kerana rasanya agak berlainan daripada yang lain.. Nama pun makanan ala-ala korea.. Hihi.. Antara makanan yang saya pernah cuba, seingat saya lah kan, saya pernah makan Beef Soondubu Jigae (set), Beef Dol Sot Bibimbap (set) dan Spicy Toppokki (set)...


Untuk Beef Soondubu Jigae(set) ada nasi, kimchi, 2 jenis sayur, sup daging, Citron dubu(pencuci mulut) dan air.. Rasa sup dagingnya unik tau.. Bukan sebarang sup daging.. Kimchinya pun sedap dan sayur yang dibekalkan pun boleh diterima perut.. Cuma sayur tauge je saya x suka dan yang paling saya suka ialah Citron Dubu.. Citron Dubu ni macam pencuci mulut.. Ia macam tau fu fa tapi rasanya lebih sedap.. tak tahu macam mana nak describe.. Hehe.. 

Beef Soondubu Jigae(set)
Citron Dubu

Bagi Dol Sot Bibimbap pula, ada nasi, sayur, daging, telur separuh masak, Citron Dubu dan air.. Nasi di Dubu Dubu ni, bukan nasi biasa tau.. Rasanya tak seperti nasi putih yang selalu kita makan tu.. Nasi nye rasa lain sikit dan kalau anda perasan, makanan-makanan yang saya pernah cuba ni, semuanya "beef".. Saya pilih daging sebab saya suka daging di Dubu Dubu ni.. Bagi saya, dagingnya lebih seap berbanding dengan ayam.. Hehe.. Selain itu, cara hidangan Bibimbap ni macam nasi campur.. Dalam satu mangkuk akan ada nasi dekat bawah dan lauk-lauk dekat atas nasi dan cara makannya adalah seperti berikut :

Selepas tuangkan sos, kita juga boleh gaulkan sekali semua lauk-lauk beserta nasi sehingga sebati (macam orang korea selalu makan)

Dan yang terakhir sekali ialah Spicy Toppokki.. Spicy Toppokki ni ialah sejenis Rice Cake.. Sebenarnya saya agak menyesal juga lah sebab pilih Toppokki ni sebab Rice Cake tu tak rasa apa-apa.. Macam mana nak cakap ek.. Ia macam nasi yang dipadatkan.. Tapi, nak kata nasi pun tak jugak sebab nasi masih ada rasa.. Ni tak rasa pape.. Mungkin sebab ianya diperbuat daripada tepung kot..Entah lah.. Hihi.. Tapi takpe, saya rasa tak salah untuk mencuba.. Hee..

Spicy Toppokki(set)
Jom kita makan Spicy Toppokki(set).. Hee..

Hmm bagaimana pula dengan harga?? 
Haa.. Dari segi harga, saya rasa okay kot.. Tidak terlalu mahal dan tidak terlalu murah.. Okay la.. Oh ya.. Dekat Dubu Dubu ni juga, kita boleh guna Kad Diskaun Siswa 1 Malaysia tau.. Tapi kad ni, hanya menawarkan diskaun untuk menu Chicken Soondubu Jigae Set sahaja.. Dengan menggunakan kad diskaun, Chicken Soondubu Jigae Set + Peach Tea berharga RM16.90 sahaja.. Murah sikit je la.. Hee.. Tapi, pekerja Dubu Dubu tu cakap dekat saya, kalau anda nak guna kad siswa ni, anda kena tunjukkan kad siswa terlebih dahulu sebelum membuat pesanan tau..Kalau tak, tak dapatlah harga Siswa.. 

Sekian, terima kasih...





Monday, May 27, 2013

The Best Earphone !

Earphone yang paling best?? “Yang mana ya? Banyaknya pilihan dan masing-masing ada design dan kelebihan masing-masing.. Hmm.. Nak pilih yang mana ek? Alamak kelirunya..! Nak beli brand apa ek? Mana satu yang lebih baik ni??

Haa... Bagi sesiapa yang suka mendengar muzik dan kemana-mana je mesti dengar muzik guna Earphone, saya mencadangkan anda, kalau nak beli Earphone, belilah yang berbaloi sikit.. Biar mahal yang penting kualiti dan kepuasan..  Sebagaimana yang kita tahu, terdapat pelbagai jenama Earphone di pasaran.. Antaranya ialah Sony, Apple, Nokia, Samsung dan lain-lain.. Dan bagi saya, saya rasa dalam banyak – banyak jenama, saya pilih.......................

Apple !


Kenapa saya pilih Apple?

  1. Bunyinya lebih sedap..  
Bila pasang sahaja Earphone tu dekat telinga, kemudian kita mainkan lagu, lagu yang dipasang itu akan kedengaran dengan jelas dan dentuman muzik yang sangat awesome membuatkan kita terasa seperti sedang berada di konsert.. Haha.. Tak tahu macam mana nak terangkan.. Senang cerita, kalau dengar lagu pakai Earphone tu, membuatkan kita layannn habisss... Kadang bila orang cakap/ panggil kita pun kita tak kan sedar... Hihi...

  1. Mesra pelanggan & Selesa
Sebelah wayar earphone nya boleh dijarakkan.. Sesetengah earphone, kita tidak boleh nak selaraskan kepanjangan/ jarak nya .. Nak kongsi berdua pun tak boleh.. Jadi bila kita nak bagi kawan kita dengar lagu yang kita sedang dengar, kita terpaksa bagi kedua –dua belah earphone (kiri dan kanan) dekat kawan kita tu.. Tetapi, earphone yang saya pilih ini, adalah sebaliknya..




Kedua-dua belah Earphone rapat..
Boleh dicabut/ dijarakkan


  1. Reka bentuknya yang unik &Terdapat 2 cara penggunaan
Cara 1 


Cara 2


     4.  Mudah dibersihkan kerana permukaannya yang licin serta reka bentuknya yang unik..
     5.  Berkualiti dan tidak mudah rosak...


Kesimpulannya, masing – masing ada pandangan dan pendapat masing –masing.. Lain orang, lain citarasa.. Tapi bagi saya, dalam banyak – banyak Earphone yang saya pernah cuba, saya rasa lebih selesa menggunakan Earphone jenama Apple berbanding dengan Earphone lain..

Mungkin Bukan Rezekiku :(

Semalam (25/5/2013), buat pertama kalinya saya pergi ke Ipoh Railway Station.. Tempatnya cantik sekali.. Sampai sahaja dekat situ, saya dan abang seakan tidak percaya.. Betulkah hala tuju kami ni? Betul ke ini stesen keretapi? Kami jadi was – was sebab dari luar, bangunannya sekali tengok macam bangunan bersejarah dan kadang nampak macam mahkamah pun ada.. Abang saya siap tanya saya, “Kin..betul ke ni stesen keretapinya? Tengok macam mahkamah je”.. Haha.. Saya pun dengan yakinnya menjawab, “Hmm betullah.. Cuba kita masuk tengok” .. Hihi.. Padahal, saya sendiri pun kurang yakin yang itu stesen keretapi.. Hik3.. Almaklumlah.. 1st time datang stesen keretapi Ipoh.. Hihi.. 

Tadaaaa!! Inilah Stesen Keretapi Ipoh :)

Motif kami datang ke sana??? Hmm.. Niat dihati, nak pulang ke UKM menaiki Electric Train Service (ETS) , tetapi malangnya sampai sahaja di sana, saya lihat ramai gila orang dan ternyata, nak beli tiket pun kene ambil no giliran ! Hmm.. takpelah.. Saya pun ambil je la no giliran.. Tengok –tengok, no giliran saya ialah 773 dan no giliran waktu itu ialah 693... Maknanya saya orang yang ke 80???? Ohooooiiii... Gilo gapo.. Lamo bonar den kene tunggu... Tak sanggup, tak sanggup... Tak sanggup den nak nunggu oiii.. Abg saya pun tidak sanggup untuk menunggu.. Jadi, saya membuat keputusan untuk membatalkan niat saya itu.. Hmm.. Tak dapatlah saya nak merasa naik ETS untuk pulang ke UKM...

Disebabkan saya tak jadi naik ETS, jadi saya pun buatlah keputusan untuk pulang ke UKM menaiki bas.. Tapi apakan daya.. Sudah malang ditimpa tangga.. Sampai sahaja di kaunter tiket, penjaga kaunter tu cakap, “Tiket untuk besok (26/5/2013) yang tinggal pada pukul 10.30 malam sahaja.. Haa.. Malam? 10.30?? Hurmm... Nanti pukul berapa baru sampai UKM.. Mungkin dalam pukul 1.00am saya sampai Plaza Rakyat sebab perjalanan dari Perak ke Plaza Rakyat makan masa dalam 2 jam/ 2 jam 30 minit.. Kemudian, dari Plaza Rakyat saya nak ke UKM macam mana? LRT dan KTM pun dah tamat operasi kalau pkul 1.00a.m ...

Hmmmmmm..  Tak baliklah saya... Terpaksalah saya balik ke UKM pada hari Isnin (26/5/2013).. Nasib baiklah hari Isnin saya hanya ada 1 kelas sahaja dan untuk kelas pada 26/5/2013 tu, kebetulan kelas dibatalkan kerana pensyarah yang mengajar kami tu pergi kursus.. Hihi..

Kesimpulannya, rancanglah perjalanan anda sebaik baiknya dan belilah tiket keretapi / bas awal – awal.. Nanti takdelah alami masalah kehabisan tiket dan sebagainya.. Hee...

Sekian, terima kasih. :)

Tuesday, May 21, 2013

Tahniah Kebudayaan Kolej Keris Mas !


Hari sabtu lepas (18 Mei 2013).. Saya telah pergi ke DECTAR untuk melihat penutup program Inter College Art Festival (ICAF2013).. Niat utama saya pergi adalah untuk menyokong kawan saya iaitu cik Nabila Aminie a.k.a Bella yang merupakan penari Kolej Ibrahim Yaacub (KIY)..  Tapi dalam masa yang sama, saya juga ingin menyokong penari-penari kolej saya (Kolej Keris Mas).. Hehe.. Bagi saya, semua tarian yang dipersembahkan oleh setiap kolej masing-masing ada keunikan tersendiri.. Menang ataupun kalah, itu adat pertandingan.. Walaupun ada kolej yang mengalami masalah yang tidak diduga seperti rambut palsu tercabut dan piring yang digunakan sewaktu tarian pecah, namun bagi saya, semua peserta telah berusaha dan menari sebaik mungkin... Syabas saya ucapkan kepada mereka..


Namun begitu, saya tumpang gembira diatas kemenangan yang diperoleh kolej saya.. Antara kemenangan yang telah diperoleh Kolej Keris Mas ialah :


  1. Nasyid - Juara
  2. Tarian - Juara
  3. Teater - Naib Juara
  4. Pertandingan Fotografi - Naib Juara
  5. Perbarisan - Tempat Ketiga

Dan untuk pengetahuan semua, Kolej Keris Mas adalah satu-satunya kolej yang menghantar wakil untuk semua pertandingan yang telah diadakan dan Kolej Keris Mas juga telah menjadi Juara Keseluruhan ICAF 2013 yang telah diadakan bermula 15-18 Mei 2013.. Saya berbangga menjadi salah seorang warga Kolej Keris Mas.. Hehehe... 

Ahli - ahli Kelab Kebudayaan Kolej Keris Mas 2012/2013