Assalamualaikum dan selamat sejahtera buat pengunjung blogku...hehe..Harini, aku bangun je tidur, aku berfikir sejenak...Kemudian aku monolog dalam hati, "apa yang aku nak post ek dekat blog hari ini" ... Selepas beberapa minit berfikir, aku buntu... Jadi aku pun capailah telefon bimbitku... aku bukak album gambar... Aku pun menelitilah satu demi satu gambar yang ada di dalam album tu.. Lepas itu, aku nampak gambar aku bersama kawanku bermain "ice skating" ... Maka, dari situlah bermulanya idea aku untuk menulis tentang pengalamanku bermain "ice skating" dekat blog harini.. Sebab itu tajuk post aku kali ini "Ice Skating dan Aku"
Selamat Datang ke Sunway Piramid Ice Skating.. (n_n)
Inilah Tempat Bermain Ice Skatingnya..hehe
Masa cuti pertengahan semester 1 yang lalu, aku dan kawanku pergilah bermain "ice skating" di Sunway Piramid... Itulah pengalaman pertama aku bermain "ice skating"... Sebelum-sebelum ini, aku tak pernah main pun.. Senang cerita, aku tak pandai mainlah.. Walaupun aku tidak pandai bermain, tapi aku rasa hendak mencuba....Perasaan takut terjatuh tu mestilah ada...Tapi seronok cheq habak hang... Kalau korang fikir takut je...Sampai bila-bila korang tidak akan mencuba...Rugi kotttt!!! Jadi aku sarankan dekat korang, kalau ada masa, duit lebih tu, cubalah main...Sekali pun jadilah..Lepas tu terpulanglah dekat korang nak main lagi ke tidak...Main "ice skating" ni pun boleh menghilangkan tekanan belajar tau...Sungguh aku tak tipu... hehe...
Ini muka kami yang teruja sebelum main..hehee..:)
Mula-mula bila kami masuk je tempat "ice skating" tu, memang benda pertama yang kami cari adalah "tempat pemegang"...haha...Masuk je, terus rasa tidak seimbang dan mulalah terhuyung hayang nak jatuh... Aku pergi sana berdua je dengan kawan aku, jadi memang kami saling berpaut antara satu sama lain..heee.. Lepas kami rasa dah stabil sikit, kami mula berjalan perlahan-lahan.. Banyak kali jugaklah kami jatuh.. Bila jatuh,mula-mula tu memang aku rasa malu gila sebab tempat bermain "ice skating" ni berada di tengah-tengah pusat membeli belah Sunway Piramid tu..Jadi,bila jatuh, memang semua orang boleh nampak...Walaupun jatuh tu sakit dan agak memalukan, tapi aku rasa seronok sebab bila aku nak terjatuh, konon kawan aku nak selamatkan lah..lepastu tengok-tengok dia pun terjatuh sekali...hahaha....Bila dah banyak kali jatuh, lama-lama korang tak akan rasa malu dah.. Prinsip "jangan mudah mengalah dan tidak mudah berputus asa" sangat penting untuk bermain "ice skating" ini kerana hasil dari kesabaran kami setelah jatuh berkali-kali.. Lama kelamaan, ada peningkatan dan kami semakin hebat bermain..hohoho(gelak bangga)..
Gaya macam pemain profesional kan...hehe..
Dan apa yang menariknya lagi, masa kami pergi tu, kebetulan ada penyanyi asing buat persembahan...Mungkin rezeki kamilah kot dapat tengok persembahan sambil bermain..heee :D ...Sekali pandang macam kumpulan "Weslife" pun ada..Tapi malangnya bukan kumpulan "Weslife" :'( ...
Kumpulan penyanyi yang buat persembahan
Hmmm...Menarik kan, menarik kan??? Haa..apa lagi..cubalah main (^_^) ...Kalau korang nak pergi, tapi korang tak ada kereta, usah risau, usah bimbang...Korang boleh je pergi naik pengangkutan awam..Biar cheq ajaq hangpa noh...Dari kolej korang, korang ambil bas 6K/6Z pergi ktm UKM...Lepas itu, korang beli tiket pergi Setia Jaya..Bile korang turun je dari Setia Jaya tu, korang cari teksi dekat sekitar kawasan tu dan cakap dekat pemandunya nak pergi Sunway Piramid... Bayaran teksi dekat situ, berbeza-beza... Kalau korang ambil teksi yang tidak menggunakan meter, bayarannya RM8 satu kereta tak kisahlah naik berapa orang pun dan kalau korang naik teksi ada meter, biasanyalah bayarannya RM5 je... Aku sarankan korang, kalau nak pergi, pergilah ramai-ramai...Main "ice skating" ni ramai-ramai,baru best..Lagipun,nanti duit teksi korang boleh bahagi-bahagi...hehehe...Semoga berjaya dan selamat mencuba kawan-kawan...
p/s : Sebarang pertanyaan mengenai bayaran masuk dan sebagainya, bolehlah ajukan pertanyaan anda di ruangan komen tu ya... ;)