Tuesday, March 05, 2013

....C.O.K.E.L.A.T .....






Cokelat...Bila dengar sahaja “coklat”, orang akan cakap.. Ianya menggemukkan.. Disebabkan oleh pernyataan inilah yang menyebabkan kaum wanita terutamanya kurang memakan coklat kerana istilah “gemuk” ini merupakan perkataan yang agak sensitif bagi kaum wanita... Wanita begitu menitikberatkan soal berat mereka. Oleh kerana itu, mereka akan mengurangkan pengambilan makanan-makanan yang boleh menggemukkan... Kebanyakkan masyarakat sekarang mempunyai persepsi bahawa, kalau kita makan banyak coklat, boleh menggemukkan.. Tapi persoalannya, betulkah coklat itu menggemukkan?


Hasil pembacaan saya mengenai coklat, saya berpendapat bahawa coklat itu TIDAK menggemukkan.. Ia bukan sahaja tidak menggemukkan, malah coklat mempunyai banyak khasiat yang tidak diketahui ramai... Punca sebenar gemuk dan obesiti adalah kerana makan secara berlebihan. Makan secara sederhana dan diiringi dengan senaman boleh mengekalkan berat badan yang ideal....

ANDA INGIN TAHU FAKTA PEMAKANAN TENTANG COKLAT?
FAKTA PEMAKANAN COKLAT
Coklat Gelap
Coklat Susu
Kalori (Kcal/100 g)
555.57
551.61
Lemak (g/100 g)
·         Monotaktepu
·         Politaktepu
·         Asid Lemak Trans
34.05
·         32.42
·         3.83
·         Nil
33.50
·         31.96
·         3.55
·         Nil
Protein (g/100 g)
7.02
9.25
Kelembapan (g/100 g)
0.36
1.14
Abu (g/100 g)
1.96
2.29
Karbohidrat (g/100 g)
53.90
52.75
Serat Kasar (crude fibre)(g/100 g)
2.71
1.09
Vitamin A (mg/100 g)
0.37
0.67
Vitamin B2 (mg/100 g)
0.33
0.57
Polifenol (mg GAE/100 g)
1656
370
                  http://www.rahsiacoklat.com/


Tahukah anda bahawa, coklat mengandungi Coklat mengandungi zat makanan yang lengkap dan seimbang. Dianggarkan 100 gram coklat susu menyumbang 18% tenaga, 11% protein, 8% zat besi, 47% kalsium, 19% riboflavin dan 11% vitamin A yang diperlukan oleh tubuh manusia dalam sehari. Coklat juga mengandungi kalsium dan vitamin yang tinggi.


Selain mempunyai zat makanan yang seimbang, coklat juga mempunyai kelebihan yang lain... Antaranya ialah :

  • ·          Baik untuk jantung
  • ·        Mengawal kencing manis
  • ·        Menghalang Jerawat dan Parut
  • ·      Mengawal Kerosakan Sel dan Tisu  Badan
  • ·        Baik untuk Kulit
  • ·        Menguatkan Tenaga Batin

Pelbagai jenis coklat 


Disamping itu, coklat juga dikatakan elok bagi wanita hamil...Satu kajian yang dijalankan pada tahun 2008 di Yale University mendapati wanita yang hamil mengamalkan produk makanan berkoko dan coklat dapat menghalang "pre-eclampsia", iaitu penyakit tekanan darah tinggi ketika hamil dan menyebabkan terdapat banyak kandungan protein dalam air kencing...Dalam kajian itu, seramai 2.291 wanita hamil telah diberikan produk makanan berkoko(coklat) dan apabila bayi telah dilahirkan, contoh darah diambil dari uri untuk menentukan tahap theobromine. Para pengkaji mendapati apabila kandungan bahan tinggi, maka kebarangkalian untuk mendapatkan pre-eclampsia sangat rendah.. 
(rujuk: “Chocolate Comsumption in Pregnancy and Reduced Likelihood of Pre-eclampsia”, Epidemiology: Vol 19(3) May 2008, 459-464)

Apa yang saya boleh simpulkan disini adalah, coklat mempunyai banyak khasiat dan memberi banyak kebaikan kepada si penggemarnya...Oleh itu, kenyataan bahawa coklat akan menggemukkan adalah tidak benar sama sekali...Coklat bukanlah penyumbang utama kepada masalah kegemukkan.. Terdapat banyak lagi faktor-faktor lain yang menyebabkan seseorang itu menjadi gemuk...Jadi, renung-renungkan dan selamat beramal :) 

No comments:

Post a Comment