Assalamualaikum dan selamat sejahtera buat pengunjung blog saya yang tidak jemu-jemu untuk membaca "post2" saya... heee... Ermm post kali ini, saya hendak menceritakan pengalaman saya makan di kedai Burger Bakar Abang Burn.......
Motif saya nak cerita pasal kedai abang Burn ni sebab, saya rasa kedai burger ni agak istimewa.... Jadi sebab tu, saya nak berkongsi dengan kawan-kawan tentang kedai burger Abang Burn ni..hhihi... Dan untuk pengetahuan korang, saya pernah menangis tau semata-mata sebab tiba-tiba tak dapat pergi makan dekat kedai Abang Burn ni... Haha..
Sebenarnya, kedai burger bakar Abang Burn ni lebih kurang sama sahaja dengan kedai berger yang lain, ada berger ayam dan berger daging...Cuma apa yang istimewanya, saiz bergernya lebih besar dari biasa dan ia ada menawarkan berger yang mempunyai beberapa tingkat (lebih daripada satu tingkat...dahsyat-dahsyat)....
Haaa... Nampak sedap dan macam menarik kan...hehe... Tengok je pun, boleh terliur... Haha.... Ermm dari segi harga pulak, harganya bergantung kepada jenis berger...
Harganya memang agak mahal daripada kedai berger biasa.... Tetapi bagi saya, rasanya berbaloi lah dengan harganya... Kenyang pun kenyang.... Memang TERbaik lah.. hehe... (Tapi bergantung jugak dekat citarasa anda semua... Lain orang, lain citarasa).... heeeee... Kedai berger bakar Abang Burn ni ada banyak cawangan... Dekat sekitar Kajang- Bangi ni pun ada cawangan Abang Burn ni tau...
Masa beroperasinya pula dari pukul 5 petang sehingga 12.30 pagi... Jadi, apa tunggu lagi???? Cubalah berger Abang Burn ni... Belum cuba, belum tahu.... Heeee :D ... Selamat mencuba.....
No comments:
Post a Comment