" Boule " ditangan kami... |
Harini, aku nak berkongsi pengalaman aku bermain petanque suatu ketika dulu.... Petanque??? Apa itu petanque? Petanque adalah sejenis sukan yang menggunakan "boule" atau bola yang diperbuat daripada logam dan dimainkan mengikut peraturan-peraturan tertentu. Permainan ini sebenarnya sangat menyeronokkan.. Aku mula bermain petanque semasa aku belajar dekat matrik Perak... Permainan ini diperkenalkan oleh kawan sekelasku sendiri... Sewaktu di matrikulasi Perak, salah seorang kawan sekelas aku merupakan pemain negeri untuk sukan ini... Disebabkan oleh dialah kami mula mengenali sukan petanque ini...
Petanque sebenarnya bukanlah satu sukan yang memenatkan... Bagi aku, bermain petanque ini merupakan satu aktiviti santai yang boleh dilakukan oleh setiap individu pada setiap petang... Peraturan dan cara bermainnya pun tidaklah sesusah mana... Di awal permainan, anda dikehendaki untuk membaling sebiji bola kayu yang berukuran seperti sebiji guli yang dipanggil "jet".. Jarak balingan jet itu haruslah berada di antara 6-10 meter... Kemudian,
- Letakkan "boule" (bola) ditapak tangan atau dihujung jari
- Genggam "boule" (bola) dengan kelima lima jari
- Kemudian, pergelangan di bengkok
- Akhir sekali, sedia untuk membuat lontaran.
Lain orang, lain teknik lontaran... Bergantung kepada cara individu tersebut bermain :)
Bagi menentukan siapa pemenangnya, bola siapa yang paling hampir dengan "jet" akan mendapat mata atau markah...Mata penamat bagi permainan petanque ini adalah 13 mata... Pemain pertama yang berjaya mendapatkan jumlah markah 13 mata akan dikira sebagai pemenang....
Sesi melihat "boule" siapa yang paling hampir dengan "jet". |
Gaduh..masing-masing hendak menang... ;) |
Sempat pulak diorang ini bergambar (padang petanque).. |
No comments:
Post a Comment