Sunday, March 10, 2013

Sunnah Menyimpan Janggut..

Janggut??? Haa.. Macam pelik je saya yang perempuan ni bercakap mengenai janggut...Hehe... Sebenarnya ini hanya sekadar perkongsian sebab saya yakin dan pasti... Tidak semua lelaki tahu tentang sunnah dan kelebihan menyimpan janggut dan tidak semua lelaki suka menyimpan janggut mereka kan??? Haha... 



Janggut selalunya tumbuh di bahagian dagu dan bahagian tepi pipi.. Tahukah anda bahawa menyimpan janggut ini sunnah Rasulullah s.a.w yang sangat dituntut kepada kaum Adam? Saya pernah terbaca satu artikel dimana Ustaz Fauzi Abdul Hamid berkata, Rasulullah menggalakkan Muslimin sekalian menyimpan janggut dengan ukuran lebih kurang segenggam. Rasulullah bersabda kepada mafhumnya :

" Hendaklah kamu membezakan diri daripada kaum musyrik, pendekkan misai yang meliputi bibir dan simpanlah jaggut sampai lebat. "

(riwayat muslim)

Hukum mencukur rambut mengikut mazhab Syafi'i adalah makruh. Namun kaum Adam dibolehkan menipiskan janggut agar ia berada dalam keadaan kemas dan terurus.... Antara Kelebihan Menyimpan Janggut ialah :

  1. Janggut lelaki mengandungi hormon testosterone yang amat diperlukan untuk kesuburan wanita.
  2. Janggut boleh melindungi kelenjar sebum di bahagian muka daripada terkena acne vulgaris bacteria. Oleh itu, ia dapat melindungi seseorang daripada jerawat.
  3. Menghangatkan kawasan muka dan melindungi dagu daripada bahaya.
  4. Lebih panjang dan tebal janggut seseorang itu, sepatutnya dia akan menjadi seorang yang lebih bijak.
  5. Memelihara muka daripada terkena bahan-bahan kimia yang merbahaya dan mencemarkan.
  6. Melindungi kulit seterusnya mengurangkan kedutan akibat penuaan.

Kekurangan Mencukur Janggut :
Mencukur janggut boleh menyebabkan sel-sel semula jadi pada bahagian muka terhakis. Perbuatan ini boleh menyebabkan seseorang mungkin akan mendapat kanser pada bahagian muka....

Haa... Macam menarik kan informasi ini? heehe.. Walaupun saya sendiri tidak tahu samada kenyataan ini sohih ke tidak... Tapi saya rasa, ianya memang betul... Sebab saya pun pernah mendengar tentang sunnah menyimpan janggut sebelum-sebelum ini.. Dan kalau anda renung-renugkan kembali, kebanyakkan ulama atau ustaz-ustaz, pun ada menyimpan janggut mereka.. Sebagai contoh, ustaz Azhar Idrus dan ustaz Don... 


Ustaz Azhar Idrus (UAI)

Ustaz Azhar Idrus dan Ustaz Don..


Jadi, renung-renungkan dan selamat beramal.. (^_-)y ..

No comments:

Post a Comment